PDA

View Full Version : Tips Kamera Canon

PengukirCahaya
10th February 2011, 03:03 PM
Thread ini untuk sama-sama berkongsi mengenai tips penggunaan kamera Canon. Tujuannya adalah untuk maksimumkan cara kita guna kamera Canon. Tak kira model apa asalkan jenama Canon. Sesiapa yg ada tips tertentu, silalah kongsi disini juga. Sama-sama kita boleh buat rujukan. Disamping tu, kalau ada masalah cara nak guna ker, pun boleh post disini.

Kita buat format ada nombor dan terbahagi kepada dua. Untuk TIPS dan untuk TANYA. Begini contohnya.....

1) TIP : Guna back focus untuk memfocus...
1) TANYA : Kenapa kamera saya tak boleh nak ambik gambar dalam air?

Harap thread ini hanya untuk jenama Canon sahaja. Untuk jenama lain, mungkin cantik buat thread khas. Tujuan supaya kita tidak terkeliru. Setiap jenama kamera mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Apa-apa pun, kamera tetap kamera....

PengukirCahaya
10th February 2011, 03:05 PM
1) TIPS : Canon Back-Focus Button.

Ramai dari kita tidak guna button ini. Sebenarnya feature Back-Focus button ni diperkenalkan oleh Canon pada tahun 1989. Dan sejak itu diguna oleh jurufoto pro seluruh dunia. Fungsi ini akan membebaskan jari telunjuk untuk lock exposure dan release shutter sahaja. Hanya ibu jari kanan sahaja untuk kerja memfokus. Walaubagaimana pun, jurufoto yg tak biasa guna, perlukan sdikit masa untuk membiasakan jari. Setelah ibu jari jadi biasa, anda akan merasa kepantasan memfocus.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/BackbuttonAF1.jpg
Untuk kamera yang tiada butang AF belakang khusus, maka butang * digunakan

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/Picture-1.png
Untuk kamera yg ada butang AF khusus, guna butang ini. Dan disable kan butang depan.

Dengan asingkan butang focus dan butang shutter release, memberi banyak kelebihan kepada jurufoto. seperti berikut;
1. Senang nak lock focus
2. Mudah nak timing shutter release
3. Mengurangkan risiko focus tersasar utk subjek bergerak
4. Mudahkan over-ride AF untuk lens FTM (full time manual)
5. Focusing masa macro dan close-up jadi lebih mudah
6. Mudah semasa shoot candid

NazriAmran
10th February 2011, 03:12 PM
Saya memang pakai butang tu untuk fokus.... Amat selesa...

samsudds
10th February 2011, 04:20 PM
untuk C.Fn IV : 1 ~ 4, yg mana satu sesuai/praktikal diguna-pakai?

leha
10th February 2011, 04:44 PM
owh..terima kasih ats info..=)

PengukirCahaya
10th February 2011, 05:34 PM
untuk C.Fn IV : 1 ~ 4, yg mana satu sesuai/praktikal diguna-pakai?

Untuk EOS model ? :D:D

shearazi
10th February 2011, 05:58 PM
2) Tip guna butang DOF

http://bonphotography.files.wordpress.com/2010/12/dof-button.jpg?w=250&h=251

Butang ni gunanya untuk kita melihat gambar yang akan dirakam pada nilai aperture tertentu yang kita pilih.. fungsinya untuk mengelakkan kita mengambil gambar berkali-kali untuk melihat perbezaan berdasarkan nilai aperture yang berbeza.Selalunya digunakan pada nilai aperture yang kecil iaitu DOF yang luas.Ia membantu untuk memberitahu keluasan DOF berdasarkan subjek yang berada dalam keadaan fokus atau 'sharp'.

Tekan (dan jangan lepaskan) butang DOF sambil melihat ke dalam viewfinder anda.. mungkin akan menjadi gelap kerana kamera berubah mengikut aperture yang dipilih (biasa kalau aperture kecil)..contohnya jika f11 dipilih maka cahaya yang melalui viewfinder akan mengikut nilai bukaan f11. Kita dapat lihat keadaan subjek yang berada dalam DOF yang dipilih.

beskalpancit
10th February 2011, 06:09 PM
thanks for share. balik umah ni nk try.. ngeh ngeh ngeh ;;)

mangkor
10th February 2011, 06:18 PM
walaupun saya guna nikon, saya gunakan fungsi ni jugak ketika waktu sukar. tapi memandangkan saya guna lens lama yg takde AM/M switch, rasa takde la fungsi tu memberi kelebihan yg ketara sebab kena offkan jugak suis AF tu kalu nak manual fokus. kalau guna lens AFS, memang ketara kawalan pengguna secara total

w_ayih
10th February 2011, 06:57 PM
2) Tip guna butang DOF

http://bonphotography.files.wordpress.com/2010/12/dof-button.jpg?w=250&h=251

Butang ni gunanya untuk kita melihat gambar yang akan dirakam pada nilai aperture tertentu yang kita pilih.. fungsinya untuk mengelakkan kita mengambil gambar berkali-kali untuk melihat perbezaan berdasarkan nilai aperture yang berbeza.Selalunya digunakan pada nilai aperture yang kecil iaitu DOF yang luas.Ia membantu untuk memberitahu keluasan DOF berdasarkan subjek yang berada dalam keadaan fokus atau 'sharp'.

Tekan (dan jangan lepaskan) butang DOF sambil melihat ke dalam viewfinder anda.. mungkin akan menjadi gelap kerana kamera berubah mengikut aperture yang dipilih (biasa kalau aperture kecil)..contohnya jika f11 dipilih maka cahaya yang melalui viewfinder akan mengikut nilai bukaan f11. Kita dapat lihat keadaan subjek yang berada dalam DOF yang dipilih.

butang ini juga sekiranya ditekan semasa mengunakan flash akan menghasilkan modelling light.. ianya digunakan untuk melihat bagaimana pencahayaan terhadap objek yg diambill... sekiranya sy salah sy mntk maaf .otai2 tolong betulkan ye.. :-)

PengukirCahaya
10th February 2011, 07:18 PM
butang ini juga sekiranya ditekan semasa mengunakan flash akan menghasilkan modelling light.. ianya digunakan untuk melihat bagaimana pencahayaan terhadap objek yg diambill... sekiranya sy salah sy mntk maaf .otai2 tolong betulkan ye.. :-)

Modelling Light ini akan fires selama 1 saat setiap kali tekan DOF. Tapi fungsi ini boleh di disable kan dalam custom function flash.
PERINGATAN : Jangan guna Modelling Light ini lebih dari 10 kali. Sebab dikhuatiri panas. Rehatkan lebih-kurang 10 minit.

PengukirCahaya
10th February 2011, 10:55 PM
3. TIPS : Intergrated Speedlite Transmitter

Atau wireless flash (CLS dalam versi Nikon), selalu menjadi kayu-ukur kehebatan Nikon satu ketika dulu. Kini dgn 7D, 60D dan 600D, wireless flash tidak lagi menjadi isu besar. Built-in flash boleh bertindak sebagai 'Master' dan flash lain seperti 580ex2, 430ex2, 320ex (baru) dan 270ex2 (baru), akan bertindak sebagai 'slave'. Sebagai jurufoto, kita tidaklah susah sangat nak memahami configurasi slave flash ini. Tetapi ada beberapa perkara yng perlu diingati dan difahami.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/WirelessSet.jpg

1. Dgn built-in flash pada 7D (contohnya), jumlah slave yang boleh dikawal adalah TIDAK TERHAD. Asalkan semua yang dalam lingkungan menerima signal dan mempunyai 'line-of-site' kepada 'Master - built-in flash'. Kalau ikut buku manual dalam 7meter.

2. Untuk wireless flash ini bekerja, perlulah enable pada menu flash. PERHATIAN : Jika tidak guna wireless, function ini perlu di disable kan, kerana jka tidak OFF kan, power built-in flash akan berkurangan (GN 12).

3. Berkerja hanya dalam mode P, Tv, Av, M dan A-DEP. Tidak berfungsi dalam mode Fully Auto, CA dan Creative Zone.

4. 2nd curtain tidak berfungsi begitu jugak high speed sync.

Tambahan maklumat untuk Flash baru (270EX2 dan 320EX):
Kedua-dua flash ini boleh melakukan Remote Wireless. Maksudnya boleh trigger shutter secara wireless dan semua adalah dalam ETTL. Dengan inovasi terbaru ini, wireless flash menjadi lebih seronok dan mudah. SELAMAT MENCUBA.

shearazi
11th February 2011, 10:49 AM
butang ini juga sekiranya ditekan semasa mengunakan flash akan menghasilkan modelling light.. ianya digunakan untuk melihat bagaimana pencahayaan terhadap objek yg diambill... sekiranya sy salah sy mntk maaf .otai2 tolong betulkan ye.. :-)

Modelling Light ini akan fires selama 1 saat setiap kali tekan DOF. Tapi fungsi ini boleh di disable kan dalam custom function flash.
PERINGATAN : Jangan guna Modelling Light ini lebih dari 10 kali. Sebab dikhuatiri panas. Rehatkan lebih-kurang 10 minit.

utk external flash.. built-in flash x boleh rasanya.. tlg betulkan jika sy silap..

PengukirCahaya
11th February 2011, 10:56 AM
utk external flash.. built-in flash x boleh rasanya.. tlg betulkan jika sy silap..

Ya, betul sekali. Untuk built-in tiada fungsi modelling light.

azmizi
11th February 2011, 10:59 AM
alamak terklik plak tread nih... heheheh :P

kurunabad
11th February 2011, 11:25 AM
alamak terklik plak tread nih... heheheh :P

ceh..nikong le tu

PengukirCahaya
11th February 2011, 11:59 AM
alamak terklik plak tread nih... heheheh :P

Tak mengapa terklik... sekadar ambik tahu orang kata. :p

azmizi
11th February 2011, 12:02 PM
sebenarnya mmg butang lain2 (kt kamera) tpi hanya kedudukan saja..fungsinya tetap sama cthnya butang DOF ..jadi saya klik jugak laa kekekeke..

shearazi
11th February 2011, 12:15 PM
sebenarnya mmg butang lain2 (kt kamera) tpi hanya kedudukan saja..fungsinya tetap sama cthnya butang DOF ..jadi saya klik jugak laa kekekeke..

dipersilakan klik g .. mana tau hati terbuka ke jalan yg lebih terang.. kekeke

azmizi
11th February 2011, 12:42 PM
dipersilakan klik g .. mana tau hati terbuka ke jalan yg lebih terang.. kekeke

dok klik2 la ni tpi tgn cam gatal2 cam kena ruam laa..tak boleh lagi laa kot kekekeke..guna kapal nih dulu laa..

**abg zek klu kamera Nokia pon dia terer..OT skit bang Z yek

samsudds
11th February 2011, 01:46 PM
Untuk EOS model ? :D:D
model 1000D....senang nk kongsi ngan teman2 seperjuangan...:-)

PengukirCahaya
11th February 2011, 02:55 PM
dok klik2 la ni tpi tgn cam gatal2 cam kena ruam laa..tak boleh lagi laa kot kekekeke..guna kapal nih dulu laa..

**abg zek klu kamera Nokia pon dia terer..OT skit bang Z yek

Lantaklaaa nak OT ker nak Tea O ker...... Nokia pun not bad. Pernah test kat Melaka dulu,, MTC ker apa nam atempat tuh.. Ambik gambar sale-girl tuh. Memang sharp jugaklah.

PengukirCahaya
11th February 2011, 03:34 PM
untuk C.Fn IV : 1 ~ 4, yg mana satu sesuai/praktikal diguna-pakai?

Untuk model 1000D.... kalau berkaitan dengan Back Focus Button : Setting pada C.Fn IV Operation/others...
Pilih C.Fn-9 No 1 - Convenient when you want to focus and meter separately. Press the <*> button to auto focus and press the shutter button halfway when to attain AE lock. (refer manual page 158)

Lepas tu dia akan back focus guna butang (*) dan butang shutter untuk meter dan shutter release sahaja.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/Back-button2-500x441.jpg

azmizi
11th February 2011, 03:37 PM
++ abe Zek buleh dok wat tread baru ajar cara2 nk cuci sensor ( mcm abe Z tunjuk kt studio ari tuh).. maybe leh wat cara bergambar..ramai nk tau..cara2 dia saya igt tapi tak berani lagi kekekeke...ketor lutut sero kekekek.. OT lagi nih... :P

machangman
11th February 2011, 03:58 PM
betullah, semua butang tu aku buat perhiasan je....

PengukirCahaya
11th February 2011, 04:08 PM
++ abe Zek buleh dok wat tread baru ajar cara2 nk cuci sensor ( mcm abe Z tunjuk kt studio ari tuh).. maybe leh wat cara bergambar..ramai nk tau..cara2 dia saya igt tapi tak berani lagi kekekeke...ketor lutut sero kekekek.. OT lagi nih... :P

Boleh gak. Kena tunggu skit. Ada banyak kerja lagi. Nanti buat slow-slow.... kita buka thread baru cara cucu sensor. Tq Mizi.

nur_ain
13th February 2011, 09:01 AM
topik yang dinanti-nantikan... :)

CgSir
13th February 2011, 11:06 AM
1) TIPS : Canon Back-Focus Button.

Ramai dari kita tidak guna button ini. Sebenarnya feature Back-Focus button ni diperkenalkan oleh Canon pada tahun 1989. Dan sejak itu diguna oleh jurufoto pro seluruh dunia. Fungsi ini akan membebaskan jari telunjuk untuk lock exposure dan release shutter sahaja. Hanya ibu jari kanan sahaja untuk kerja memfokus. Walaubagaimana pun, jurufoto yg tak biasa guna, perlukan sdikit masa untuk membiasakan jari. Setelah ibu jari jadi biasa, anda akan merasa kepantasan memfocus.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/BackbuttonAF1.jpg
Untuk kamera yang tiada butang AF belakang khusus, maka butang * digunakan

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/Picture-1.png
Untuk kamera yg ada butang AF khusus, guna butang ini. Dan disable kan butang depan.

Dengan asingkan butang focus dan butang shutter release, memberi banyak kelebihan kepada jurufoto. seperti berikut;
1. Senang nak lock focus
2. Mudah nak timing shutter release
3. Mengurangkan risiko focus tersasar utk subjek bergerak
4. Mudahkan over-ride AF untuk lens FTM (full time manual)
5. Focusing masa macro dan close-up jadi lebih mudah
6. Mudah semasa shoot candid

Kerja lebih pantas. Bagus untuk shoot sport. Masing-masing membuat satu tugasan sahaja. Ibu jari untuk kerja fokus dan jari penunjuk untuk release shutter. Kalau menggunakan shutter button sahaja terpaksa melakukan kerja memfokus terlebih dahulu sebelum melepaskan shutter. Amik masa ada lambat sikit.

Macam manual shoot jugak. Jari tangan kiri buat kerja fokus dan jari tangan kanan kerja release shutter.

airsejuk
13th February 2011, 11:28 AM
Jika salah tolong betulkan. Saja buat experimen..
Fungsi auto lighting obtimiser membantu untuk keadaan persekitaran yang kurang cahaya tetapi ingin mengekalkan shutter speed dengan cara mengurangkan exposure. Untuk persekitaran normal dan bukan gelap atau lens yg mempunyai aperture f kecik mungkin tak nampak perbezaan. Kedua2 gambar saya test guna len 75-300, shutter 1/25, exposure -2, iso 1600.
http://img828.imageshack.us/img828/1051/img0549f.jpg (http://img828.imageshack.us/i/img0549f.jpg/)
--DISABLE AUTO LIGHTING OBTIMESER--
http://img828.imageshack.us/img828/4905/img0550vp.jpg (http://img828.imageshack.us/i/img0550vp.jpg/)
--ENABLE-STRONG AUTO LIGHTING OBTIMESER--

PengukirCahaya
14th February 2011, 03:07 AM
Jika salah tolong betulkan. Saja buat experimen..
Fungsi auto lighting obtimiser membantu untuk keadaan persekitaran yang kurang cahaya tetapi ingin mengekalkan shutter speed dengan cara mengurangkan exposure. Untuk persekitaran normal dan bukan gelap atau lens yg mempunyai aperture f kecik mungkin tak nampak perbezaan. Kedua2 gambar saya test guna len 75-300, shutter 1/25, exposure -2, iso 1600.
Apa yang saya faham fungsi ni untuk mode JPEG saja bukan untuk RAW.

Cantik.......

PengukirCahaya
14th February 2011, 04:08 AM
4) TIPS : Auto Lighting Optimizer (ALO) & Highlight Tone Priority (HTP)

Fungsi ini akan optimizekan dan cuba baiki detail dalam shadow dan highlight. Biasanya bila semasa keadaan cahaya yang kuat/terang (high contrast), banyak detail akan hilang pada kawasan low-light dan high-light. Kamera akan buat adjustment tone curve bagi mengurangi keadaannya. Fungi ini hanya memberi kesan pada imej Jpeg sahaja. Apa sebabnya? Sebab RAW adalah imej yang tidak diproses. ALO adalah in-camera process. Feature ini adalah sama dgn D-Lighting pada sistem Nikon. Cuma Canon memberi 4 pilihan adjustment ALO manakala Nikon hanya memberi ON atau OFF. (contoh imej adalah seperti input oleh airsejuk)

Manakala HTP pula bertindak untuk preserve detail pada kawasan highlight tanpa mengganggu dynamic range seperti ALO. Walaupun memelihara detail pada kawasan highlight, ia cuba tidak mengganggu kawasan mid-tone dan shadow. Tonal gradation adalah lebih baik dan Efek terbaik pada kamera yang mempunyai A/D converter 14-bits dan saolah-olah dynamic range jadi lebih lebar. HTP memberi kesan pada imej Jpeg dan RAW. Jika kita 'on' kan HTP, beberapa pilihan julat ISO akan di'disable'kan (tiada pilihan ISO 100, 125, 160 dan 12800). Dan ikon D+ akan tertera dalam viewfinder.

ALO = Jpeg, baiki detail shadow dan highlight. Ada empat range. Guna pada potret yg mempunyai backlight dan landscape pada cahaya terang.
HTP = Jpeg + RAW, preserve detail highlight tanpa ganggu mid-tone dan shadow. Guna pada situasi highkey seperti wedding.

Untuk perngetahuan, Kedua-dua fungsi diatas boleh digunakan serentak pada kamera yang ada kedua-duanya.

noharm
14th February 2011, 05:25 AM

Abd Zack.. tapi kenapa dalam manual saya bgtau bila kita set ALO, HTP akan disable (and vice versa)? atau saya salah faham? tunjuk ajar tuan diperlukan..

PengukirCahaya
14th February 2011, 09:54 AM
Abd Zack.. tapi kenapa dalam manual saya bgtau bila kita set ALO, HTP akan disable (and vice versa)? atau saya salah faham? tunjuk ajar tuan diperlukan..

Betul. Kamera 7D saya pun begitu. Bila saya 'ON' ALO, kemudian jika ENABLE kan HTP, ALO akan OFF. HTP mengatasi ALO. Tetapi apa yang Chuck Westfall (Canon US Technical Advisor) kata, boleh diguna kedua-dua sekali.. tak aper, nanti saya email ke Canon KL untuk mengesahkannya.

OK saya baru sahaja hantar email kepada Canon Malaysia..... dan juga email kepada Chuck Westfall... :D

Aidil_Addy
14th February 2011, 10:12 PM
woww..tread yg best..
thank abg Z buke tread ni..n x lupe otai2 yg sudi bkongsi..
menyampaikn ilmu yg bermanfaat tu adlh amalan yg pahalanya tak akan putus...even jasad dikndung tanah
tahniah.. :)

PengukirCahaya
15th February 2011, 10:15 AM
TAMBAHAN MAKLUMAT

4) TIPS : Auto Lighting Optimizer (ALO) & Highlight Tone Priority (HTP)

(Refer kepada input #31 diatas)..... Untuk pengetahuan, Kedua-dua fungsi diatas boleh digunakan serentak pada kamera yang ada kedua-duanya iaitu 5D Mark II, 50D and 1D Mark IV,TETAPI tidak untuk model terkini seperti 7D, 60D,550D dan 600D.

(Maklmat di atas adalah email reply dari Chuck Westfall yang saya terima semalam).

airsejuk
15th February 2011, 10:42 AM

ooo patutlah tidak ada apa-apa perbezaan gambar pada 500d saya bila enablekan ALO & HTP
Tima kasih atas maklumat berguna ni.

PengukirCahaya
15th February 2011, 11:02 AM
Fungsi ALO dan HTP amat berguna dan membantu kualiti imej yg dirakam. Fungsi tersebut penting semasa dalam keadaan highlight, contrast bagi memelihara detail pada shadow dan highlight (paling bagus untuk wedding yg guna baju putih). Tetapi perlu diingat, sesuatu yg kita dapat, ada sesuatu yg dia beri. Semasa kita guna ALO atau HTP, sedikit noise akan timbul (boleh dibaiki semasa PP).

Bagi model 7D, 60D,550D dan 600D. Jika kita enable ALO, kemudian kita enable HTP pula. ALO akan automatik OFF. Tapi jika OFF balik HTP, ALO akan tetap dalam keadaan OFF. Kita kena Enable semula ALO. Kita kena pilih condition ALO yang kita guna. Ni macam pelik sikit kenapa tidak revert kepada last condition sahaja (itu akan saya ajukankepada Canon). Bagus dah Canon bagi dua fungsi berbanding hanya satu dari jenama lain.

airsejuk
15th February 2011, 03:18 PM
1) TIPS : Canon Back-Focus Button.

Ramai dari kita tidak guna button ini. Sebenarnya feature Back-Focus button ni diperkenalkan oleh Canon pada tahun 1989. Dan sejak itu diguna oleh jurufoto pro seluruh dunia. Fungsi ini akan membebaskan jari telunjuk untuk lock exposure dan release shutter sahaja. Hanya ibu jari kanan sahaja untuk kerja memfokus. Walaubagaimana pun, jurufoto yg tak biasa guna, perlukan sdikit masa untuk membiasakan jari. Setelah ibu jari jadi biasa, anda akan merasa kepantasan memfocus.

Kenapa saya tak tahu butang ni dari dulu.....20% tuan penasihat
Sekarang baru tahu, amat berguna sekali. Tak sia2 saya pakai kamera jenama kalkulator ni.

PengukirCahaya
15th February 2011, 03:43 PM
Ni bukan tips tapi peringatan sahaja. Sebab kebanyakan dari kita jarang khatam manual dan ramai jugak yang lupa atau lupa-lupa......

Ini adalah berkenaan viewfinder dan apa yang ada dalam viewfinder (ini adalah viewfinder untuk model 7D tapi viewfinder model lain, lebih kurang jer) . Memahami dan mahir melihat viewfinder adalah asas kepada penguasaan Manual Mode.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/7Dviewfinder.jpg

Banyak maklumat yg boleh didapati seperti dibawah;

1. battery level
2. exposure lock
3. flash readiness / Improper FE Lock warning
4. flash exposure lock / Flash high-speed mode -jika kita enable high speed sync pada flash utk diguna pada shutter speed melebihi 1/250.
5. flash exposure compensation
6. shutter speed
7. aperture
8. exposure compensation / Exposure Level
9. highlight tone priority (D+)
10. ISO
11. WB correction / B&W mode
12. buffer counter atau max busrt (jumlah imej utk burst pada setting yg dipilih. Ubah kualiti ke RAW, Jpeg dan lihat beza angka)
13. AF lock-on indicator (senang faham confirm focus indicator)

maharZone
15th February 2011, 04:26 PM
Mmg bermanfaat thread ni utk canon user. bkn niat nak ilmu free, tapi membantu bg yg x berpeluang nak gi tt,outing atau kursus. T. kasih Abg Z.

noharm
15th February 2011, 05:48 PM
TAMBAHAN MAKLUMAT

4) TIPS : Auto Lighting Optimizer (ALO) & Highlight Tone Priority (HTP)

(Refer kepada input #31 diatas)..... Untuk pengetahuan, Kedua-dua fungsi diatas boleh digunakan serentak pada kamera yang ada kedua-duanya iaitu 5D Mark II, 50D and 1D Mark IV,TETAPI tidak untuk model terkini seperti 7D, 60D,550D dan 600D.

(Maklmat di atas adalah email reply dari Chuck Westfall yang saya terima semalam).

Kalau abg zack ada peluang utk bertanya kpd Chuck, apa rasional CANON buat macam tu?

PengukirCahaya
15th February 2011, 05:52 PM
Kalau abg zack ada peluang utk bertanya kpd Chuck, apa rasional CANON buat macam tu?

Tu kena tanya Canon engineers... dah tanya dah, belum ada jawapan lagi..

fur's family
15th February 2011, 07:09 PM
model g12 pula...amcm???

PengukirCahaya
15th February 2011, 10:33 PM
model g12 pula...amcm???

Saya kurang pengalaman dgn model PowerShot. Tetapi tuan boleh bertanya apa sahaja yang berkaitan. Sebab pertanyaan tuan akan membantu ramai orang termasuk saya. Jika terpaksa, saya akan cuba minta bantuan dari Canon Malaysia....... b-(

shearazi
16th February 2011, 11:35 AM
model g12 pula...amcm???

http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=1810

PengukirCahaya
17th February 2011, 08:51 PM
5) TIPS : Error Codes

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari........ maknanya kadang-kadang kita mengharapkan kamera kita tahan lama lagi tetapi kadang-kadang dia sakit jugak.... paling sedih masa tengah ambik gambar... Tetapi kamera kita pun, dia bagitahu dulu yang dia demam. Caranya ialah dia akan display error code di screen...

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/Errmesej.jpg

Untuk lebih mengetahui apakah masalah yang berkaitan, sila ambil nota Error Mesej berikut dan simpan dalam bag kamera;.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/Untitled.jpg

IMPORTANT
Jika error yg sama jer keluar, memang ada problem. Ambil catatan error code yg dipaparkan dan consult Canon Service Center. Error Code penting untuk service center.

CAUTION
Kalau kita format CF Card, semua imej dan data akan terpadam (erased). Termasuk protected images. Pastikan tiada imej yg penting sebelu format. Jika perlu, transfer dulu ke komputer sebelum format card.

shuichi kajuji
18th February 2011, 04:56 PM
5) TIPS : Error Codes

CAUTION
Kalau kita format CF Card, semua imej dan data akan terpadam (erased). Termasuk protected images. Pastikan tiada imej yg penting sebelu format. Jika perlu, transfer dulu ke komputer sebelum format card.

Bro P.C,

Kalau kita dah terformat gambar-gambar dlm mmemory card ada tak cara recovery image nie...

~~salam.

PengukirCahaya
18th February 2011, 05:17 PM
Bro P.C, Kalau kita dah terformat gambar-gambar dlm mmemory card ada tak cara recovery image nie...
~~salam.

Jika sudah terformat, jangan guna card tersebut atau format kali kedua. Tuan boleh guna pelbagai recovery software yg terdapat di internet. Jika guna Kingston, dia ada software sendiri utk recovery.

gemuk
18th February 2011, 06:48 PM
kalau quick format tak mengapa... tapi kalau low level format ataupon dah overwrite rasanya tak dapat...

PengukirCahaya
18th February 2011, 07:30 PM
kalau quick format tak mengapa... tapi kalau low level format ataupon dah overwrite rasanya tak dapat...

Betul. Menangis pun tak pasti boleh recover.:-(

PengukirCahaya
18th February 2011, 07:32 PM
6) TIPS : Flash overheat

Overheat boleh disebabkan oleh beberapa perkara.
1) Recycle time yang terlalu cepat
2) Jenis bateri yang diguna

Dalam manual ada disebut jika kita guna flash lebih dari 20 kali, dan interval antara flash tu pula pendek, overheat protection akan berfungsi dan flash akan delaykan recycle time sehingga 20sec jika overheat (contoh 580ex2). Dan jika berlaku begini, rehatkan flash lebih kurang 15 minit untuk dia kembali normal.

Flash boleh menggunakan bateri dari Alkaline, nickel-metal hydride cell (NimH), nickel-cadmium (NiCd) atau Lithium . Tetapi sebenarnya lebih sesuai digunakan dgn bateri Alkaline berbanding dgn NimH atau NiCd kerana bateri alkaline kurang panas dari bateri lain. Antara empat jenis tu, paling panas ialah bateri Lithium. Faktor utama ialah bahan internal bateri itu sendiri. Tindak balas kimia akan berlaku setiap kali bateri recycle flash dan bateri Lithium didapati mengeluarkan haba yang paling banyak.

Jadi bila flash perlu dicas (capacitor) oleh bateri, bateri akan menjadi panas. Bila masa charging (recycle) ini terlalu cepat, bateri akan bertambah-tambah panas. Cuba bayangkan bagaimana sebijik capacitor yang ratingnya lebih kurang 1,200uF (micro Farads) dan menerima voltage sehingga 400Volt (dari converter circuit, punca power dari bateri dan masa ini kita boleh dengar bunyi dan bunyi ini dalam dunia elektronik kami panggil singing capacitor ). Lepas tu capacitor ini akan discharge (oleh discharge circuit yg ada banyak lagi capacitor) yang mengeluarkan voltan yang sangat tinggi dan menyebabkan gas dalam xenon tube itu ionize dan kemudian menyala (itulah cahaya flash). Semua ini melibatkan tenaga elektrik yang sangat tinggi yang boleh menyebabkan maut!! Semestinya haba yang tinggi akan dihasilkan (banyak pulak cerita pasal flash).

Perkara-perkara yang boleh mengurangkan overheating ialah;

1. Jarak kan masa antara flash – jgn terlalu kerap.
2. Kurangkan guna modeling light.
3. Kurangkan guna high-speed synchronization mode.
4. Guna ISO lebih tinggi.
5. Guna aperture lebih besar.

PETUA

1. Jangan guna modeling light lebih dari 10 kali berturut-turut. Jika lakukan juga, rehatkan flash lebih kurang 10 minit.
2. Jika kita fire flash lebih dari 20 kali secara berturut-turut, dan recyle time akan jadi terlalu lama. Masa untuk rehatkan flash selama 20 minit.
3. Optimizekan penggunaan flash. Jika sistem Canon, guna E-TTL II lebih baik.

Bila flash jadi panas, beri masa pada flash untuk rehat. Tapi jika kita degil, kita teruskan jugak guna flash walaupun panas dan slow recycle, flash boleh rosak. Kerosakan mungkin berlaku pada circuit dalaman atau pada flash tube (boleh terbakar) Atau paling tidak pun, performance flash akan berkurangan (GN kurang, WB lari, bateri macam cepat habis walaupun bateri baru). Kalau nak repair pun macam terlalu mahal.

ermarts
18th February 2011, 08:32 PM
nk lagi....

PengukirCahaya
18th February 2011, 08:56 PM
nk lagi....

Sabar...ya adik-adik .......... b-(

Ayin_A&A
18th February 2011, 11:23 PM
Bangga jd pguna canon......atai2 dia semmpoiii

izzat3114
19th February 2011, 01:44 AM
Err01 tu kadang2 disebabkan lens jugak, kebiasaanya aperture blade problem. Baru je jadi 2-3 hari lepas. :(

airsejuk
19th February 2011, 11:12 PM
Tanya: Apa fungsi
1.High Iso Speed noise reduct'n. Standard/low/strong/disable.
2.long exp. noise reduction. off/auto/on
Bila patut digunakan fungsi ini dan kenapa ada fungsi ini.

Shazmiey
19th February 2011, 11:26 PM
tanya::macamana nak enablekan auto lightning obtimiser tu?? saya masi budak lagi nih..minta tolong dengan senior2 dgn otai2 kat sini..saya pakai 500d..

mista_snap
20th February 2011, 01:29 AM
tanya::macamana nak enablekan auto lightning obtimiser tu?? saya masi budak lagi nih..minta tolong dengan senior2 dgn otai2 kat sini..saya pakai 500d..

sbelum 2 lawati la kt cini dulu

http://www.fotomedia.com.my/forum/forumdisplay.php?f=22

pergi ke menu lepas 2 masuk dalam custom function (C.Fn), lpas 2 cri la auto lightning obtimizer kt c 2....set kn la nk stndart ke low ke strong jika salah tolong perbetol kn...
klau rajin lawati buku EOS REBEL T1i EOS 500D bermula m/s 182 -m/s189.

dr_ayie
20th February 2011, 02:32 AM
TANYA:
sy pkai 7D n speenlite nissin di866...bila pkai IST,speedlite hanya boleh diset guna manual ke?tak buleh pkai mode TTL ke?

mista_snap
20th February 2011, 07:06 AM
klau pasal 7D ni kene tug abam PC ah dyer jawab ah dyer mmg OTAI ah 7D ni...malah bukan 7D je abam PC mmg OTAI dalam bak2 gamera CANON ni...

PengukirCahaya
20th February 2011, 02:38 PM
tanya::macamana nak enablekan auto lightning obtimiser tu?? saya masi budak lagi nih..minta tolong dengan senior2 dgn otai2 kat sini..saya pakai 500d..

Betul dah seperti mista_snap bagitau tu.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/ALO.jpg

1. Dalam kategori Custom Function II : Image
2. Pergi ke C.Fn 7 - Auto Lighting Optimizer
3. Pilih antara 0, 1, 2. Pilihan 3 adalah utk disable.

Perhatian : ALO tidak berfungsi dalam mode Manual. Dan dalam basic zone pula (yg icon potret, landscape itulah semua), ALO 'standard' dipilih secara automatik.

PengukirCahaya
20th February 2011, 03:06 PM
Tanya: Apa fungsi
1.High Iso Speed noise reduct'n. Standard/low/strong/disable.
2.long exp. noise reduction. off/auto/on
Bila patut digunakan fungsi ini dan kenapa ada fungsi ini.

Noise akan ketara semasa kita guna ISO yang tinggi (contoh ISO 1600) tapi sebenarnya noise pun boleh juga ada pada ISO rendah. Begitu juga masa guna shutter speed yang lama (semasa exposure lama). Sensor akan hasilkan haba dan inilah yang induce noise. Kerana itu jika kita terlalu banyak atau lama menggunakan live-view, kita kan terasa panas. Kalau ambik gambar, kualiti gambar akan kurang sikit kerana noise.

Fungsi High ISO Noise Reduction dan Long Exposure Noise Reduction adalah untuk mengurangi noise. Kamera akan processor image bagi menjadikannya lebih baik. Tetapi ada side effectnya. Semasa process sedang berlaku, kamera tak boleh ambik gambar lain. Kena tunggu hingga siap. Kerana itu, ramai fotografer tidak akan ON terutama Long Exposure Noise Reduction. Mereka akan lakukannya semasa PP.

(saya akan cerita lebih pasal noise ini bila siap nota berkenaan noise)

PengukirCahaya
20th February 2011, 03:36 PM
TANYA:
sy pkai 7D n speenlite nissin di866...bila pkai IST,speedlite hanya boleh diset guna manual ke?tak buleh pkai mode TTL ke?

Berikut adalah extract dari webpage nissin

"The Di866 Wireless TTL system support Canon E -TTL/ E-TTL II and Nikon i-TTL. Di866 can be used jointly with Canon and Nikon original flash as either Master and Remote (Slave). The Di866 also supports digital (pre-flash system) and analogue (film type camera’s flash and/or studio flash under both of Manual and Av. priority mode. Multi-Flash: Repeating flash for multi-exposure image in one frame. The power ratio can be set from 1/8 to 1/128."

Maksudnya Di866 support sistem Canon. Di866 boleh digunakan bersama-sama flash Canon lain dan boleh berfungsi seperti flash Canon juga termasuk wireless flash dan ETTL II. Berdasarkan statement diatas tu, tiada masalah. Cuma mungkin setting dia kena betul-betul.

Sila lihat link berikut : http://www.nissindigital.com/en/Di866-1.html

PengukirCahaya
20th February 2011, 03:38 PM
klau pasal 7D ni kene tug abam PC ah dyer jawab ah dyer mmg OTAI ah 7D ni...malah bukan 7D je abam PC mmg OTAI dalam bak2 gamera CANON ni...

Ada lagi orang lain yang lebih teror wehh.. Saya hanya tahu sedikit saja.

PengukirCahaya
20th February 2011, 08:45 PM
7) TIPS : Bateri Kamera

Bateri adalah punca kuasa kepada kamera DSLR. Walaupun mampu bertahan sehingga beberapa ratus imej tetapi akhirnya kuasa bateri akan kehabisan. Cepat atau lama bateri ini bertahan bergantung kepada cara guna DSLR. Umpamanya kalau selalu guna live-view atau selalu guna long shutter, memang akan cepat habis kuasa bateri. Jadinya sasaorang jurufoto yang bijak harus peka dgn keadaan bateri kameranya.

Biasanya bateri boleh bertahan sehingga beberapa ratus imej. Dan berikut adalah data standard sebagaimana di buku manual;

MODEL FRAME PER CHARGE
EOS-1DMk4 --> 1500 (at 23C) - 1200 (at 0C)
EOS-1DsMk3 --> 1800 (at 23C) - 1400 (at 0C)
EOS-1DMk3 --> 2200 (at 23C) - 1700 (at 0C)
EOS 5DMk2 --> 850 (at 20C) – 750 (at 0C)
EOS 5D --> 800(at 20C) - 400 (at 0C)
EOS 7D --> 800 (at 23C) – 750 (at 0C)
EOS 60D --> 1600 (at 23C) – 1400 (at 0C)
EOS 50D --> 640 (at 23C) – 540 (at 0C)
EOS 40D --> 800 (at 23C )– 700 (at 0C)
EOS 600D --> 440 (at 23C) – 400 (at 0C)
EOS 550D --> 440 (at 23C) – 400 (at 0C)
EOS 500D --> 400 (at 23C) – 380 (at 0C)
EOS 450D --> 600 (at 23C) – 500 (at 0C)
EOS 400D --> 360 (at 23C) – 280 (at 0C)
EOS 1100D --> tiada maklumat lagi
EOS 1000D --> 600 (at 23C) – 500 (at 0C)

(* Data diatas mungkin kurang tepat kerana diambil dari pelbagai sumber. Dan dalam situasi sebenar, jumlah mungkin melebihi. Contohnya EOS 7D dilaporkan memperolehi 2000 imej untuk singe cas ).

Semua EOS kamera telah direka dengan efisen untuk lebih menjimatkan bateri. Sebagai contoh CMOS sensor adalah kurang guna power berbanding CCD.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membantu menjimatkan lagi bateri ;

1. kurangkan guna LCD (pendekkan masa untuk preview ke 2sec sahaja),
2. kurangkan guna live-view ,
3. OFF kan bunyi beep,
4. kurangkan guna Auto Focus (tabiat selalu tekan separuh shutter button tapi tak ambik gambar)
5. OFF kan IS (lens yang lebih besar, lebih kuat guna bateri)
6. OFF kan fungsi HTP ketika long exposure.
7. OFF kan fungsi Auto Sensor Cleaning (utk sementara)
8. Dan lain-lain……

Bagi sesetengah model Canon, mempunyai fungsi untuk check bateri (Battery Information). Walaupun kita guna bateri pack, maklumat setiap bateri masih diperolehi. Maklumat yang boleh dilihat adalah;

1. Bateri power yg masih ada
2. Jumlah shutter yg digunakan sejak bateri dicas penuh
3. Peformance bateri samada bagus atau kena ganti baru.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/Recharge_Performance.gif

Petunjuk 'Recharge Performance' :

Tiga Hujau = Keadaan bateri terbaik. Sihat seperti bateri baru.
Dua Hijau = Bateri masih lagi memberi power yang baik setaip kali cas tapi tidaklah seperti bateri baru.
Satu Hijau = Bateri dah hampir kehujung hayat. Kalau cas penuh pun tak sebaik bateri baru.
Satu Merah = Bateri dah habis. Kalau cas pun tak guna. Re-condition pun sama. Cari bateri baru.

Tip bateri:
1. Elak dari terjatuh. Hentakkan akan menambah internal resistance.
2. Elak dari panas.
3. Elak dari over charge (biasanya bateri memerlukan 2 jam utk fully cas dari keadaan kosong).
4. Keluarkan bateri dari kamera (flash pun sama) jika tak guna dalam jangka masa lama.
5. Terbaik, dapatkan bateri spare atau kalau guna battery-pack pun, standby spare AA bateri c/w bateri magazine .

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/311Rp6efN5L_SL500_AA300_.jpg

Contoh bateri magazine utk EOS 7D

leha
21st February 2011, 03:14 PM
wah byk info dpt dr otai2 sume..terima kasih..~ =)

dumex
25th February 2011, 09:49 AM
tima kasih bang..banyak dapat info teknikal...tgh pikir apa nak tanya kemudian..

ermarts
26th February 2011, 03:58 AM
Noise akan ketara semasa kita guna ISO yang tinggi (contoh ISO 1600) tapi sebenarnya noise pun boleh juga ada pada ISO rendah. Begitu juga masa guna shutter speed yang lama (semasa exposure lama). Sensor akan hasilkan haba dan inilah yang induce noise. Kerana itu jika kita terlalu banyak atau lama menggunakan live-view, kita kan terasa panas. Kalau ambik gambar, kualiti gambar akan kurang sikit kerana noise.

Fungsi High ISO Noise Reduction dan Long Exposure Noise Reduction adalah untuk mengurangi noise. Kamera akan processor image bagi menjadikannya lebih baik. Tetapi ada side effectnya. Semasa process sedang berlaku, kamera tak boleh ambik gambar lain. Kena tunggu hingga siap. Kerana itu, ramai fotografer tidak akan ON terutama Long Exposure Noise Reduction. Mereka akan lakukannya semasa PP.

(saya akan cerita lebih pasal noise ini bila siap nota berkenaan noise)

ape kate abg bagi tips n berbincang pengunaan DPP plak.. he3...

PengukirCahaya
27th February 2011, 04:56 PM
8) TIPS : Kelvin dan White Balance

Sebenarnya banyak orang keliru tentang ini....

Kelvin adalah terma yang diguna dalam Ilmu Fizik (sains). Teorinya adalah jika benda (contoh arang lah) dibakar sungguh-sungguh, arang tadik akan bertukar warna dari hitam kepada merah. Dan jika dibakar lagi, dari merah akan bertukar kepada kuning. Dan jika dibakar lagi, akan bertukar dari kuning ke warna putih kebiru-biruan....... Disini adalah tahap suhu paling panas. Lagi panas suhu sesuatu benda, lagi menghasilkan warna dari merah ke biru.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/images-4.jpg

Fahaman kita disini ialah benda yang mempunyai suhu panas, ia menghasilkan warna yang 'sejuk' dan benda bersuhu sejuk menghasilkan warna yang 'panas'. (keliru? Biarkan dulu..) Itu adalah bidang Ilmu Fizik, dalam fotografi, perkataan 'kelvin' dipinjam dan tidak merujuk kepada suhu kepanasan seperti Fahrenheit and Centigrade tetapi kepada suhu warna.

Dalam fotografi kita hanya merujuk kelvin sebagai bacaan atau nilai intisiti relatif biru ke merah. Bidang fotografi hanya berminat pada cahaya atau punca cahaya, bukan suhu panas atau sejuk. Fotografi pinjam asas corak bacaan / skala suhu warna (bukan suhu kepanasan) sahaja dan ini adalah cara mudah untuk memahani cahaya. Ini semua memberi maksud bahawa setiap keadaan cahaya samada ambient atau tidak, mempunyai nilai bacaan tertentu dan bacaannya adalah dalam kelvin yang kita sebut sebagai suhu warna.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/Sekonic-C500_1_382x352.jpg
Contoh Kelvin Meter jenama Sekonic C500

Kalau bacaan cahaya untuk exposure tertentu, kita guna lightmeter. Samalah jika nak tahu berapakah bacaan suhu warna dalam cahaya tertentu, kita guna Kelvin meter. Masalahnya ialah lightmeter ada terbina dalam kamera selain external tetapi Kelvin meter hanya external sahaja takada dalam kamera.

Ini adalah contoh kelvin meter yang member nilai Kelvin cahaya

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/images2-1.jpg

Apa tujuan kita tahu dan apa gunanya pada jurufoto? Kerana warna terhasil dari pantulan cahaya keatasnya dan sekiranya bacaan tidak betul akan memberi kesan warnanya yang tidak tepat. Suhu Warna (Color Temperature) jangan disamakan dengan White Balance.

White Balance adalah kaedah cara mendapatkan kesimbangan warna primary (merah, hijau dan biru). Jika white balane tidak betul, contohnya gambar potret akan mempunyai tonal warna kulit bertukar warna hijau!!. Bila color tak balance, keadan itu dipanggil color cast. Dipengaruhi kearah satu warna atau beberapa warna sahaja. Manakala Suhu Warna pula memberi mood ‘cool’ atau ‘warm’. White balance adalah nak mendapatkan warna grey sebenar dalam keadaan biasa. Tetapi adjustment color temperature juga didalam kategori adjustment white balance dalam kamera.

1 Bacaan exposure - jumlah intensiti cahaya yang diterima oleh filem atau sensor. Guna lightmeter atau exposure meter.
2 Bacaan suhu warna - nilai bacaan warna cahaya yang diterima oleh filem atau sensor. Guna Kelvin meter atau color meter.
3 White Balance – cara nak dapatkan warna primary (RGB) yang seimbang. Guna Grey Card atau kertas putih.

Bagaimana cara nak buat custom white balance? Nanti saya siapkan nota dalam words dulu..........

shearazi
27th February 2011, 09:59 PM
kat sini pun byk psl wb

http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=11737

azrul83
4th March 2011, 11:06 PM
tumpang lalu jap.. ehe

skyhush
5th March 2011, 10:09 PM
TANYA : saya pkai 60D..mcm ada prob ckit.kenapa built in flash sy x flip up bila sy tekan button tu..rosak ke...

noharm
5th March 2011, 11:59 PM
TANYA : saya pkai 60D..mcm ada prob ckit.kenapa built in flash sy x flip up bila sy tekan button tu..rosak ke...

Bro pernah pasang flash nissin tak pada 60D tu? ada kemungkinan pop-up flash tu tak dapat diaktifkan sebab nissin tu tak compatible dgn 60D.. ada banyak discussion dah pasal benda nih..

Kerjagilasimoll
6th March 2011, 12:06 AM
mcm mna nk check shutter count canon?

PengukirCahaya
6th March 2011, 04:14 AM
TANYA : saya pkai 60D..mcm ada prob ckit.kenapa built in flash sy x flip up bila sy tekan button tu..rosak ke...

Bro pernah pasang flash nissin tak pada 60D tu? ada kemungkinan pop-up flash tu tak dapat diaktifkan sebab nissin tu tak compatible dgn 60D.. ada banyak discussion dah pasal benda nih..

Kena hantar canon service segera. Kecuali kalau sanggup, boleh buka hotshoe untuk reset balik stud sensor yg tersangkut. Tapi kalau saya, molek hantar Canon service.

PengukirCahaya
6th March 2011, 04:17 AM
mcm mna nk check shutter count canon?

Tak ada cara nak check shutter count untuk model terkini. Tapi cuba try testing link berikut ; http://astrojargon.net/EOSInfo.aspx

scopelensa
7th March 2011, 11:41 AM
makaseh la sume pasai tips sume... berguna sgt2... alang2 dah post kat sni, sya nk tnya kelebihn gna flash trigger.. saya gna 500d & nissin di466 apa flash trigger yg supprt???

shearazi
7th March 2011, 12:49 PM
makaseh la sume pasai tips sume... berguna sgt2... alang2 dah post kat sni, sya nk tnya kelebihn gna flash trigger.. saya gna 500d & nissin di466 apa flash trigger yg supprt???

dh byk bincang ni ..cuba search thread lama2..

razali.idris
7th March 2011, 11:08 PM
Memang betul saya pun guna 60D dengan Nissin 622 mark2 dan jadi mcm tu juga... Ia jadi sebab plastik kaki flash Nissin tu tebal sikit. Tak jadi masalah, jangan panik. Kiri / kanan hotshoe kan ke ada spring kecik dari bawah untuk grip kaki flash.

Cuba tengok yang sebelah kanan, bawah spring tu terletaknya suis (tengok betul2 sebab terlalu kecik) untuk external/internal flash. Ambik skrew driver kecik, adjust naik kan sikit spring tu bagi free. Insyaallah masalah ni settle.

shearazi
8th March 2011, 02:14 PM

yup..pernah terbaca link pasal ni..

razali.idris
8th March 2011, 04:22 PM
Link ni dari UK, tapi lupa nama nya. Nasib baik kena problem selepas baca link ni, kalau tidak sure panik punya.

Anyway bagus juga kita share info kat sini..

PengukirCahaya
9th March 2011, 05:09 PM
OT sikit, tapi sesuai lah untuk pengguna Canon. Satu sesi outing fotografi Malam dicadangkan pada 1 April nanti. Kalau sesiapa yang berdekatan dgn Kuantan dan kalau tak ada aktiviti lain, moleklah datang. Daftar dengan Canon Kuantan.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/PosterNiteFotografi.jpg

Diakhir aktiviti akan diadakan sesi TT.

azmizi
9th March 2011, 05:10 PM
OT sikit, tapi sesuai lah untuk pengguna Canon. Satu sesi outing fotografi Malam dicadangkan pada 1 April nanti. Kalau sesiapa yang berdekatan dgn Kuantan dan kalau tak ada aktiviti lain, moleklah datang.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/PosterNiteFotografi.jpg

hah aper lagi bukan APRIL FOOL nih tau..ekekek

w_ayih
12th March 2011, 10:17 AM
OT sikit, tapi sesuai lah untuk pengguna Canon. Satu sesi outing fotografi Malam dicadangkan pada 1 April nanti. Kalau sesiapa yang berdekatan dgn Kuantan dan kalau tak ada aktiviti lain, moleklah datang. Daftar dengan Canon Kuantan.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/PosterNiteFotografi.jpg

Diakhir aktiviti akan diadakan sesi TT.

kawan2 yg cap lain blh join skali ke abg z?

ustaz jaafar
12th March 2011, 03:59 PM
TANYA:sebagai org baru..sy mmg suka tread ni:)t.ksh pd otai2 yg sudi kongsi citer..sy ada 1 kemushkilan ni..(mcm sesi soal jwb agama la plk):))..

kenapa masa sy guna mode M, (mode M membolehkan kite tukar speed shuttle dan f secara manual)..gmbar sy jadi gelap..sy cuba nk naikkan level meter yg ada -2...1...0..1...+2 tu..tp tk blh..ada sesape yg blh bntu sy?sy guna canon 1000D..

jazakallah..:)

zainzubir
12th March 2011, 04:32 PM
terima kasih pengukircahaya....perkongsian yg amat bagus...tapi seriously auntie masih prefer hands on guidance..maklumler dah tua slow skit pick up..:=))..tapi kontan tujauhlah..:-(

mangkor
12th March 2011, 04:35 PM
mana ada jauh hanty.. masuk LPT dlm 2 jam bleh sampai dah. kalu nak kira, kole koh lagi jauh dari kontan.. ahahahha

acecanon
12th March 2011, 05:41 PM
TANYA:sebagai org baru..sy mmg suka tread ni:)t.ksh pd otai2 yg sudi kongsi citer..sy ada 1 kemushkilan ni..(mcm sesi soal jwb agama la plk):))..

kenapa masa sy guna mode M, (mode M membolehkan kite tukar speed shuttle dan f secara manual)..gmbar sy jadi gelap..sy cuba nk naikkan level meter yg ada -2...1...0..1...+2 tu..tp tk blh..ada sesape yg blh bntu sy?sy guna canon 1000D..

jazakallah..:)

As salam ustaz...boleh tak beri exif gambar tersebut?

mista_snap
13th March 2011, 01:52 AM
TANYA:sebagai org baru..sy mmg suka tread ni:)t.ksh pd otai2 yg sudi kongsi citer..sy ada 1 kemushkilan ni..(mcm sesi soal jwb agama la plk):))..

kenapa masa sy guna mode M, (mode M membolehkan kite tukar speed shuttle dan f secara manual)..gmbar sy jadi gelap..sy cuba nk naikkan level meter yg ada -2...1...0..1...+2 tu..tp tk blh..ada sesape yg blh bntu sy?sy guna canon 1000D..

jazakallah..:)

jika bermain dlam mode "M" penggunaan shutter, apeture ( f ) & iso mesti dititik beratkn, kerana setiap benda 2 memain kn peranan penting dlam menangkap sesuatu gmbar...
contoh nye jika ustaz guna iso 100 lpas 2 f/10 @ f/11 @ f/12 dan seterus nye shutter pulak 1/60 dan keatas mmg la gmbar jadi gelap...ustsaz boleh cuba naik kn iso ke 400 guna f/4.+ dan shutter letak je dalam 1/60 cuba tgok hasil nya mcam mana...
ini cuma pndangan dari sy jika tsalah silap sila perbetol kn.....

gafaar
13th March 2011, 11:19 AM
assalamualaikum ustad. cuba membantu. dalam mode manual penggunaan iso, aperture dan shutter speed adalah saling berkaitan. mmg mempunyai hubung kait dan tidak boleh dipisahkan. fungsi asas 3 benda ini semua nya mengawal cahaya.

iso mengawal cahaya. dalam iso rendah contohnya iso 100, cahaya yang memasuki sensor adalah sedikit, maka gambar akan lebih gelap. penggunaanya selalunya bila cahaya persekitaran kita adalah amat terang contohnya disiang hari. iso tinggi contohnya iso 1600 pula untuk penggunaan cahaya persekitaran kita yang gelap. sensor akan cuba membantu agar kita dapat lebih banyak cahaya. tetapi satu perkara yang harus kita tahu, semua iso yang kita khendaki untuk mengawal cahaya akan memberi kesan lain. iso 100, kesannya adalah gambar kita kurang noise dan bila iso 1600 noise akan lebih tinggi.

aperture juga fungsi utamanya mengawal cahaya. bukaan aperture yang besar, (no f yang kecil) contohnya F 2.8. akan membenarkan banyak cahaya masuk manakala aperture yang kecil (no f yang besar) contohnya f 22 akan menyebabkan cahaya kurang memasuki kamera yang menyebabkan gambar akan kelihatan lebih gelap. kesan penggunaan apertura besar pula adalah (f 2.8), gambar yang dihasilkan DOF nya adalah lebih shallow DOF (depan sharp belakang blur) manakala F yang besar (f 22), gambar yang dihasilkan jadi great DOF (kebanyakan nya utk gambar lanskap yang memerlukan semua nya sharp).

shutter speed juga mengawal cahaya. shutter rendah contohnya shutter 1" , cahaya akan lebih banyak masuk.ini disebabkan lebih lama shutter dibuka. manakala shutter yang lebih cepat contohnya shutter 200 cahaya akan lebih kurang memasuki kamera. kesanya pula gambar yang dihasilkan oleh shutter rendah, sekiranya ada pergerakan, subjek akan kelihatan kabur manakala shuuter yang tinggi subjek yang dirakam akan kelihatan pegun.

p/s sekiranya terdapat kesalahan minta bantuan cikgu2 membetulkanya. yang betul dari Allah, yang silap atas kekhilafan saya.

ustaz jaafar
13th March 2011, 01:04 PM
alhamdulillah..mekasih gafaar,mista_snap dan acecanon..:)dlm kesibukan msg2..sempt jgk jwb soln sy..jazakumullah khairan jaza'...ada kengkawan sini yg dok area kl?yg agk2 ada ms free..blh kluar sama..saya nk blaja teknik guna kamera..sy dh khatam manual 3 kali..tp sebb sy lmh bahasa inggeris..jenuh bukk kamus...:)terkial2 jgk la..byk bnda yg kurg phm trutamanya dr sudut teknikal..

kurunabad
13th March 2011, 01:17 PM
kl kek mano ustad

ustaz jaafar
13th March 2011, 01:23 PM
kl kek mano ustad

sy dok kat area bandar baru sentul..nk blajar punya psl..tkpe..sy blh gi ke tempat org yg nk ajar sy tu..:)jgn jauh sgt dr kl dhla..nnti terkejar2 sy nk ngajar kat mjd/surau time maghrib:)

Skid493
13th March 2011, 02:31 PM
Setakat nak minum teh kat Batu Caves....boleh le ustaz!!..hehehe...dah OT ni...mintak maaf Avam Zek..tuan tanah!!

PengukirCahaya
15th March 2011, 02:13 AM
kawan2 yg cap lain blh join skali ke abg z?

Untuk sesi kali ini, jenama cap lain akan hadapi sedikit masalah kerana topik off camera flash. Saya tak saran sangat untuk sesi ini.

PengukirCahaya
15th March 2011, 02:15 AM
Setakat nak minum teh kat Batu Caves....boleh le ustaz!!..hehehe...dah OT ni...mintak maaf Avam Zek..tuan tanah!!

Hehhhhh hheeehh mana ada tuan tanah... Ni kan tanah wakaf. Asal kan ada kebaikan, ok jer laaa kut. Saya tak dapat nak update tips lagi kerana terlalu sibuk dengan kerja yang perlu disiapkan segera dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan (anak). Perkongsian rakan forum lain adalah amat digalakan dan dialu-alukan.

PengukirCahaya
15th March 2011, 02:16 AM
mana ada jauh hanty.. masuk LPT dlm 2 jam bleh sampai dah. kalu nak kira, kole koh lagi jauh dari kontan.. ahahahha

betul...betul... betulll !!!

Nik Azalea
15th March 2011, 07:23 AM
Hehhhhh hheeehh mana ada tuan tanah... Ni kan tanah wakaf. Asal kan ada kebaikan, ok jer laaa kut. Saya tak dapat nak update tips lagi kerana terlalu sibuk dengan kerja yang perlu disiapkan segera dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan (anak). Perkongsian rakan forum lain adalah amat digalakan dan dialu-alukan.
Tahniah Abam Zek, dah dapat menantu...

Nik Azalea
15th March 2011, 07:26 AM
OT sikit, tapi sesuai lah untuk pengguna Canon. Satu sesi outing fotografi Malam dicadangkan pada 1 April nanti. Kalau sesiapa yang berdekatan dgn Kuantan dan kalau tak ada aktiviti lain, moleklah datang. Daftar dengan Canon Kuantan.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/PosterNiteFotografi.jpg

Diakhir aktiviti akan diadakan sesi TT.

Ambe sudah pun register di Canon Kuantan untuk outing nih. Anda bagaimana? Difahamkan tinggal 10 lagi kekosongan daripada 20 org.

CgSir
15th March 2011, 08:27 AM
Ingat nak book dua malam tapi dapat satu malam jer kat Kuantan. Tapi hanya laluan jer kat Kuantan dalam perjalan ke Kuala Terengganu. Kat mana tempat menarik di Kuantan ekk?

Hehhhhh hheeehh mana ada tuan tanah... Ni kan tanah wakaf. Asal kan ada kebaikan, ok jer laaa kut. Saya tak dapat nak update tips lagi kerana terlalu sibuk dengan kerja yang perlu disiapkan segera dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan (anak). Perkongsian rakan forum lain adalah amat digalakan dan dialu-alukan.

Tahniah Abam Pengukir Cahaya. Tak lama timang cucu ler. Tak yah tunggu anugerah, dapat gak title "Datuk". Aku ni belum ada cucu, tapi ada gak budak kecik panggil Datuk, Attcooommmmm... bersin pulak.

Nik Azalea
16th March 2011, 07:12 AM
Ingat nak book dua malam tapi dapat satu malam jer kat Kuantan. Tapi hanya laluan jer kat Kuantan dalam perjalan ke Kuala Terengganu. Kat mana tempat menarik di Kuantan ekk?

Kat Kuantan yg best ada pantai Teluk Cempedak, pantai Gelora, nak makan seafood boleh gi tanjung Lumpur... dll. Boleh dah tu... habis outing boleh TT di Tanjung Lumpur sambil minum jus buah gelas besar. Baik punya....

shearazi
16th March 2011, 09:18 AM
Kat Kuantan yg best ada pantai Teluk Cempedak, pantai Gelora, nak makan seafood boleh gi tanjung Lumpur... dll. Boleh dah tu... habis outing boleh TT di Tanjung Lumpur sambil minum jus buah gelas besar. Baik punya....

pernah minum situ sekali...thn 2002

shearazi
16th March 2011, 09:19 AM
Hehhhhh hheeehh mana ada tuan tanah... Ni kan tanah wakaf. Asal kan ada kebaikan, ok jer laaa kut. Saya tak dapat nak update tips lagi kerana terlalu sibuk dengan kerja yang perlu disiapkan segera dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan (anak). Perkongsian rakan forum lain adalah amat digalakan dan dialu-alukan.

tahniah abg zek bakal dpt menantu... OP bkn calang2 nk ambik job ni...hehe

guajiran
16th March 2011, 08:40 PM
wah da bermenantu da abg zack..tahniah...

CgSir
17th March 2011, 09:08 AM
Kat Kuantan yg best ada pantai Teluk Cempedak, pantai Gelora, nak makan seafood boleh gi tanjung Lumpur... dll. Boleh dah tu... habis outing boleh TT di Tanjung Lumpur sambil minum jus buah gelas besar. Baik punya....

Tima Kasih abam Nik Azalea. Telok Cempedak dah sampai tapi Pantai Gelora dan Tanjung Lumpur belum lagi. Tapi adohai.... ujan memanjang pulaknya sejak semalam. Tido jer dalam hotel, pastu blah. Len kali naik Kuantan lagi, inshaallah.

CgSir
17th March 2011, 09:12 AM
tahniah abg zek bakal dpt menantu... OP bkn calang2 nk ambik job ni...hehe

OP tu siap. Kalau salah sikit mesti detect tak leh sembunyi, mau kena luku kepala. Tapi abam zek baik orangnya. OP tak kena luku tapi kena sekolah.

Shazmiey
22nd March 2011, 03:57 PM
sbelum 2 lawati la kt cini dulu

http://www.fotomedia.com.my/forum/forumdisplay.php?f=22

pergi ke menu lepas 2 masuk dalam custom function (C.Fn), lpas 2 cri la auto lightning obtimizer kt c 2....set kn la nk stndart ke low ke strong jika salah tolong perbetol kn...
klau rajin lawati buku EOS REBEL T1i EOS 500D bermula m/s 182 -m/s189.

ohh .trimas banyak2...! saya pun masi blur lagi pasal setting2 ni.. buku tu dah dua kali dah baca..tapi masalah dia BI.hehe..susa sikit nak paham..takpe2...usaha tangga kejayaan.hehe..

Shazmiey
22nd March 2011, 04:02 PM
dekat KL tade ke?hehe..

tedKacak
22nd March 2011, 04:17 PM
OT sikit, tapi sesuai lah untuk pengguna Canon. Satu sesi outing fotografi Malam dicadangkan pada 1 April nanti. Kalau sesiapa yang berdekatan dgn Kuantan dan kalau tak ada aktiviti lain, moleklah datang. Daftar dengan Canon Kuantan.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/PosterNiteFotografi.jpg

Diakhir aktiviti akan diadakan sesi TT.

Dah sign up jugak utk ni hehe

Shazmiey
29th March 2011, 09:47 PM
sunyi je thread ni..hurmmm..

PengukirCahaya
30th March 2011, 03:50 AM
sunyi je thread ni..hurmmm..

Aaa....ahh... sunyi sikit. Masa padat sangat dlm beberapa minggu nih. Kena siapkan beberapa job video serentak nak deliver dalam 1st week april.

aariss
10th April 2011, 01:30 AM
Abg PengukirCahaya

TANYA : Kenapa susah sgt nak bagi EOS viewer utility detect 1dmk2 via firewire?
puas dah google tapi tiada jawapan... semua asyik suruh re-install software...
dah re-install 10x tapi takde efek...

specs :-
pc guna winxp sp3
firewire pci card + cable
pakai software Canon EOS DIGITAL Solution Disk v23.0
dah load driver 1DMWI530EN.exe (WIA Driver 5.3.0 for Windows Me/XP)

prob :-
bila cucuk je firewire tu, dia keluaq msg "new hardware found"...
jenuh dah browse ke folder2 yg berkenaan utk cari driver dia tapi failed gak...

solutions :-
by hujung bulan ni kalau takleh detect gak, kawey jual terus... hahaha...
frust takleh set personal functions...

TQ in advance...

anko1945
11th April 2011, 10:20 AM
salam semua..
sy ada tips nk kongsi dgn user canon pasal burst shot..
kalau sape2 yang ada masalah dgn continuous / burst shot..kiranya kalu plih mode ni, msti jadi single shot..
Custom Functions>No4 (High ISO speed noise reduction) (sy guna 1000d)> pilih off
based on website yg sy baca, gambar yg akn diproses tu amik masa psl dia nk buang noise bila guna high iso
peace~

Nik Azalea
15th April 2011, 05:00 PM
Saya ingin berkongsi dgn anda info terkini kursus bersama Canon tentang penggunaan software DPP (Digital Photo Processing).
http://i811.photobucket.com/albums/zz31/NikAzalea/securedownload.jpg

Kepada yang berminat sila daftar sebelum 19hb April 2011. TQ

fiqram
30th May 2011, 03:04 PM
2) Tip guna butang DOF

http://bonphotography.files.wordpress.com/2010/12/dof-button.jpg?w=250&h=251

Butang ni gunanya untuk kita melihat gambar yang akan dirakam pada nilai aperture tertentu yang kita pilih.. fungsinya untuk mengelakkan kita mengambil gambar berkali-kali untuk melihat perbezaan berdasarkan nilai aperture yang berbeza.Selalunya digunakan pada nilai aperture yang kecil iaitu DOF yang luas.Ia membantu untuk memberitahu keluasan DOF berdasarkan subjek yang berada dalam keadaan fokus atau 'sharp'.

Tekan (dan jangan lepaskan) butang DOF sambil melihat ke dalam viewfinder anda.. mungkin akan menjadi gelap kerana kamera berubah mengikut aperture yang dipilih (biasa kalau aperture kecil)..contohnya jika f11 dipilih maka cahaya yang melalui viewfinder akan mengikut nilai bukaan f11. Kita dapat lihat keadaan subjek yang berada dalam DOF yang dipilih.

salam bos nak tanya,...sy tekan benda yg dibulatkan pastu tekan sekali shutte..tak jalan pun.tak leh snap pun..nape eh..ke ada salah mane2..thank sori tanya...@-)

shearazi
30th May 2011, 03:09 PM
salam bos nak tanya,...sy tekan benda yg dibulatkan pastu tekan sekali shutte..tak jalan pun.tak leh snap pun..nape eh..ke ada salah mane2..thank sori tanya...@-)

adoii..tu bkn butang ambik gambau la..

fiqram
30th May 2011, 03:13 PM
sah sy perlu belajar lagi.......:-(:-(:-(

pluto
30th May 2011, 04:41 PM
tu butang untuk preview ajer..kalo dah rasa spot n setting sume cun..baru snap....jangan la ko tekan button ni sambil snap...

rieonline
7th June 2011, 02:21 AM
pgetahuan bab kamera ni masih ditahap kritikal buat masa ini,keinginan utk mguasai membuak2 dlm perut ni hehe,tp dgn join FMDC ni rasa keinginan tu brtambah parah hehe..bilalah nk tau serba sdikit,takde petua2 yg blh dipratik utk cpt pandai :)

shearazi
7th June 2011, 10:17 AM
pgetahuan bab kamera ni masih ditahap kritikal buat masa ini,keinginan utk mguasai membuak2 dlm perut ni hehe,tp dgn join FMDC ni rasa keinginan tu brtambah parah hehe..bilalah nk tau serba sdikit,takde petua2 yg blh dipratik utk cpt pandai :)

carik sorg sifu...belajar praktikal.. setiap org lain kemampuannya.. ada org baca je dh pandai..

apopo
13th June 2011, 09:06 PM
kpd semua otai2..sy nk tnye ni antara canon 550D dgn canon 600D mne yg lbih baik... canon 550D ni dlm ketogeri amutur ke??

rainbow87
16th June 2011, 02:10 PM
Bro pernah pasang flash nissin tak pada 60D tu? ada kemungkinan pop-up flash tu tak dapat diaktifkan sebab nissin tu tak compatible dgn 60D.. ada banyak discussion dah pasal benda nih..

Sy pengguna 60D juga...Dan ade mslh Yg sama....mmg sy guna speedlite...tp bkn nissin....580ex2....camne nk bt tu?

hanafiah
18th June 2011, 03:54 AM
Salam, sya ada sedikit masalah, harap ada yg boleh, mungkin terlalu simple : Saya baru memiliki 550D seminggu. Masalah macamana nak tukar settingresolution gambar, setiap gambar yang saya ambil hanya 72 shj...? harap ada yg sudi membantu.

klorofil
18th June 2011, 07:15 AM
ada kesan ka kalau hasilkan 72 berbanding 300 pada DSLR? kalau kita guna scanner betul la ada kesan antara 72 dgn 300...just my 2 cent

-pakku-

kikilala
18th June 2011, 10:27 PM
resolution tu ppi kn??kalau xsilap sy bila shot jpeg 72ppi dan bila shot raw dan convert ke jpeg resolution jd 350ppi....
klau salah tlg perbetulkan...:Dresolution bleh tukar atau x sy pon xtau....harap ada yg membantu......:)

Kert Za
4th July 2011, 01:23 PM
salam ,

Tanya : macam mna nak hilangkan noise ketika menggunakan iso tinggi ? ( contoh shot waktu malam tanpa menggunakan flash/speedlite ) . saya pengguna 1000D

trouble_chegu
19th August 2011, 06:53 AM
kert, noise boleh hilang/boleh kurang time PP..guna jer software photoshop..lagi senang guna Lightroom..noise reduction/reduce noise

atoi34
19th August 2011, 07:20 AM
wah... baru prasan thread ni...
terbaik lah... hidup kanon!!!
tp, peninglah... sye shoot auto jer.... hu3...

airsejuk
19th August 2011, 07:46 AM
kert, noise boleh hilang/boleh kurang time PP..guna jer software photoshop..lagi senang guna Lightroom..noise reduction/reduce noise

Cuba try shut RAW dan process guna DPP(Digital Photo Professional). Dekat tab NR/Lens/ALO ada function untuk mengurangkan noise. Sebenarnya prosess menggunakan sofware DPP ni lebih baik berbanding Photoshop kerana DPP ada guide seperti Highlight alert(alt+m),shadow alert(alt+n) & before/after comparision dgn menekan right click.

nelza_ax
19th August 2011, 09:12 AM
nak mintak pendapat tentang kombinasi canon dan sigma, khasnya 70-200 2.8 sigma. kenapa macam susah nak nampak setup ni berbanding dengan setup nikon + 70-200 2.8 sigma yer?

selalu lagi nampak canon + 70-200 F4 canon lagi compared 70-200 2.8 sigma. ada issue ke? :)

ruzell
19th August 2011, 11:09 AM
Tips berguna kepada Canonian.

atoi34
19th August 2011, 02:49 PM
nak mintak pendapat tentang kombinasi canon dan sigma, khasnya 70-200 2.8 sigma. kenapa macam susah nak nampak setup ni berbanding dengan setup nikon + 70-200 2.8 sigma yer?

selalu lagi nampak canon + 70-200 F4 canon lagi compared 70-200 2.8 sigma. ada issue ke? :)

sbb lens canon 70-200 F4 xde masalah fokus... f4 tu... 70-200 plg ringan, kecik... sigma 70-200 f/2.8 plak mgkin org risau masalah focus... tkut front focus... klau backfocus lg naye... so, klau stakat shoot sports, canon lah best... klau nak shoot model x kisah bukak live view pastu manual fokus... ameklah sigma....

nelza_ax
19th August 2011, 03:24 PM
oh itu matcham.. terima kasih :-)

alfishahrin
19th August 2011, 04:40 PM
oh itu matcham.. terima kasih :-)
lompat kapal ke bang? :p

nelza_ax
19th August 2011, 05:19 PM
thehehe.. tak lompat, tapi bermadu .. :))
tapi tengah runsing nak pikir pikir pasal lens ni..

antara 135 F2, 70-200 F4 canon, atau 70-200 2.8 sigma

atoi34
19th August 2011, 05:25 PM
klau full frame agkat 135 f2... pergh.... sume org kuak ketepilah...

razaidi
21st August 2011, 02:54 AM
betul tu, saya punya pun selalu gak kena.
Err01 tu kadang2 disebabkan lens jugak, kebiasaanya aperture blade problem. Baru je jadi 2-3 hari lepas. :(

razaidi
21st August 2011, 06:40 AM
Aku punya 60D baru keluar tak sampai seminggu dah masuk canon balik pasal hal ni.
Sy pengguna 60D juga...Dan ade mslh Yg sama....mmg sy guna speedlite...tp bkn nissin....580ex2....camne nk bt tu?

razaidi
21st August 2011, 06:45 AM
Betul tu DPP adalah software edit yang baik untuk membetulkan gambar-gambar yang tersalah setting. Aku pernah mengikuti kursus DPP ni memang berbaloi tapi jarang guna juga bila buat editing PS juga aku gunakan heeheee...
Cuba try shut RAW dan process guna DPP(Digital Photo Professional). Dekat tab NR/Lens/ALO ada function untuk mengurangkan noise. Sebenarnya prosess menggunakan sofware DPP ni lebih baik berbanding Photoshop kerana DPP ada guide seperti Highlight alert(alt+m),shadow alert(alt+n) & before/after comparision dgn menekan right click.

atoi34
21st August 2011, 07:07 AM
Betul tu DPP adalah software edit yang baik untuk membetulkan gambar-gambar yang tersalah setting. Aku pernah mengikuti kursus DPP ni memang berbaloi tapi jarang guna juga bila buat editing PS juga aku gunakan heeheee...

stuju... resize pkai DPP mmg superb...
3 proses wajib = ACR>PS>DPP

atoi34
21st August 2011, 07:26 AM
Salam, sya ada sedikit masalah, harap ada yg boleh, mungkin terlalu simple : Saya baru memiliki 550D seminggu. Masalah macamana nak tukar settingresolution gambar, setiap gambar yang saya ambil hanya 72 shj...? harap ada yg sudi membantu.

72dpi dgn 300dpi.. hurm... ni pun masalah gak canon ni... nape ntah die wat cmtu... klau set 300dpi sbnrnye camera canon dgn sensor 18mp x smpai 18mp pun bile dah convert ke 300dpi... ape2 pun.. sume gambar yg display kat monitor cume 72dpi jer... dan bile printing, x nmpk beze pun klau set dpi tinggi2... asalkan resolution ngam2 utk printing dah cukup dah...

airsejuk
21st August 2011, 07:44 AM

72dpi adalah standard untuk foto printing dan monitor display. melainkan untuk print bunting dan banner. Dpi boleh ditukar dgn mudah dgn menggunakan DPP pada batch process pada output setting.

atoi34
21st August 2011, 07:47 AM
72dpi adalah standard untuk foto printing dan monitor display. melainkan untuk print bunting dan banner. Dpi boleh ditukar dgn mudah dgn menggunakan DPP pada batch process pada output setting.

yurp2... stuju2... tp, kamera nikon yg pkai 300dpi nmpk superb nmpk sharp bile display sbb dah compress 300dpi ke 72dpi... ramai org nmpk teruja...
bile end result... dah print... hurm... same jer....

jobot
21st August 2011, 01:40 PM
terima kasih diatas info di atas...sangat sangat berguna utk newbie seperti aku.....

jobot
21st August 2011, 02:29 PM
1) TIPS : Canon Back-Focus Button.

Ramai dari kita tidak guna button ini. Sebenarnya feature Back-Focus button ni diperkenalkan oleh Canon pada tahun 1989. Dan sejak itu diguna oleh jurufoto pro seluruh dunia. Fungsi ini akan membebaskan jari telunjuk untuk lock exposure dan release shutter sahaja. Hanya ibu jari kanan sahaja untuk kerja memfokus. Walaubagaimana pun, jurufoto yg tak biasa guna, perlukan sdikit masa untuk membiasakan jari. Setelah ibu jari jadi biasa, anda akan merasa kepantasan memfocus.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/BackbuttonAF1.jpg
Untuk kamera yang tiada butang AF belakang khusus, maka butang * digunakan

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/Picture-1.png
Untuk kamera yg ada butang AF khusus, guna butang ini. Dan disable kan butang depan.

Dengan asingkan butang focus dan butang shutter release, memberi banyak kelebihan kepada jurufoto. seperti berikut;
1. Senang nak lock focus
2. Mudah nak timing shutter release
3. Mengurangkan risiko focus tersasar utk subjek bergerak
4. Mudahkan over-ride AF untuk lens FTM (full time manual)
5. Focusing masa macro dan close-up jadi lebih mudah
6. Mudah semasa shoot candid

Numpang tanya tuan......saya guna 400D. Saya cuba buat apa yg tuan taipkan tapi tak menjadi. Boleh tuan tunjukkan step by step nya? Maaf kalau menyusahkan.....

ainsyafain
22nd September 2011, 07:21 PM
saya nak tanya sikit, saya tengok kualiti gambar kamera canon memang superb! tapi betul ke bateri canon tak tahan lama??
sape2 boleh bagi komen??

airsejuk
22nd September 2011, 09:31 PM
saya nak tanya sikit, saya tengok kualiti gambar kamera canon memang superb! tapi betul ke bateri canon tak tahan lama??
sape2 boleh bagi komen??
Kalau main video memang cepat habis sebab kena on display. Kalau gambar boleh dapat 400+ gambar untuk 500d. Biasanya saya ada standby bateri.

hanafiah
17th November 2011, 06:58 PM
Numpang tanya tuan......saya guna 400D. Saya cuba buat apa yg tuan taipkan tapi tak menjadi. Boleh tuan tunjukkan step by step nya? Maaf kalau menyusahkan.....

saya juga mencuba butang* tapi belum tercapai, mungkin saya silap faham...tolong bantu saya.

hanafiah
17th November 2011, 06:59 PM
1) TIPS : Canon Back-Focus Button.

Ramai dari kita tidak guna button ini. Sebenarnya feature Back-Focus button ni diperkenalkan oleh Canon pada tahun 1989. Dan sejak itu diguna oleh jurufoto pro seluruh dunia. Fungsi ini akan membebaskan jari telunjuk untuk lock exposure dan release shutter sahaja. Hanya ibu jari kanan sahaja untuk kerja memfokus. Walaubagaimana pun, jurufoto yg tak biasa guna, perlukan sdikit masa untuk membiasakan jari. Setelah ibu jari jadi biasa, anda akan merasa kepantasan memfocus.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/BackbuttonAF1.jpg
Untuk kamera yang tiada butang AF belakang khusus, maka butang * digunakan

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/Picture-1.png
Untuk kamera yg ada butang AF khusus, guna butang ini. Dan disable kan butang depan.

Dengan asingkan butang focus dan butang shutter release, memberi banyak kelebihan kepada jurufoto. seperti berikut;
1. Senang nak lock focus
2. Mudah nak timing shutter release
3. Mengurangkan risiko focus tersasar utk subjek bergerak
4. Mudahkan over-ride AF untuk lens FTM (full time manual)
5. Focusing masa macro dan close-up jadi lebih mudah
6. Mudah semasa shoot candid

550D, usaha juga untuk mencuba, tapi tidak menjadi, siapa membantu? buah cempedak diluar pagar.

miesterzenz
17th November 2011, 07:06 PM
550D..samalah kita...saya pakai back focus ni memang banyak sangat2 membantu...cepat je focus.baca dari awal bro...nanti faham apa yang patut di buat.saya tahu back focus nie pun dari sini...

airsejuk
17th December 2011, 08:58 AM
1) TIPS : Canon Back-Focus Button.

Ramai dari kita tidak guna button ini. Sebenarnya feature Back-Focus button ni diperkenalkan oleh Canon pada tahun 1989. Dan sejak itu diguna oleh jurufoto pro seluruh dunia. Fungsi ini akan membebaskan jari telunjuk untuk lock exposure dan release shutter sahaja. Hanya ibu jari kanan sahaja untuk kerja memfokus. Walaubagaimana pun, jurufoto yg tak biasa guna, perlukan sdikit masa untuk membiasakan jari. Setelah ibu jari jadi biasa, anda akan merasa kepantasan memfocus.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/BackbuttonAF1.jpg
Untuk kamera yang tiada butang AF belakang khusus, maka butang * digunakan

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/Picture-1.png
Untuk kamera yg ada butang AF khusus, guna butang ini. Dan disable kan butang depan.

Dengan asingkan butang focus dan butang shutter release, memberi banyak kelebihan kepada jurufoto. seperti berikut;
1. Senang nak lock focus
2. Mudah nak timing shutter release
3. Mengurangkan risiko focus tersasar utk subjek bergerak
4. Mudahkan over-ride AF untuk lens FTM (full time manual)
5. Focusing masa macro dan close-up jadi lebih mudah
6. Mudah semasa shoot candid

Setelah saya menggunakan fungsi ini sekian lama, saya dapati back focus button ini dapat mengurangkan risiko handshake setelah saya menukarkan kepada fungsi normal(half button)

KaizerHashim
29th December 2011, 10:44 AM
Salam tuan tanah dan rakan2 semua.
Thread ni banyak manfaat untuk semua terutama utk org baru mcm saya.
Saya nak tahu fungsi dan cara baca histogram, kepentingan kpd photografer . Sekian.TQ

airsejuk
29th December 2011, 11:51 AM
Salam tuan tanah dan rakan2 semua.
Thread ni banyak manfaat untuk semua terutama utk org baru mcm saya.
Saya nak tahu fungsi dan cara baca histogram, kepentingan kpd photografer . Sekian.TQ
Histogram adalah satu cara utk melihat exposure dengan mudah.
Carta ringkas seperti ditunjukkan dibawah
http://www.luminous-landscape.com/images7/dark-light.jpg

Histogram yg ditunjukan dalam kamera utk memudahkan kita membaca exposure foto tu samada balance,underexpose atau overexpose kerana histogram tak pandai menipu.
http://www.luminous-landscape.com/images7/histo-1ds.jpg

http://www.luminous-landscape.com/images7/under.jpg
http://www.luminous-landscape.com/images7/under-histo.jpg
1)Foto underexpose. bukit di sebelah kiri tinggi

http://www.luminous-landscape.com/images7/over.jpg
http://www.luminous-landscape.com/images7/over-histo.jpg
2)Foto overexpose, bukit di sebelah kanan tinggi

http://www.luminous-landscape.com/images7/merged.jpg
http://www.luminous-landscape.com/images7/merged-histo.jpg
3)Foto balance, kedua2 bukit sama tinggi....hehehe jangan pikir benda lain
*rujukan* (http://www.luminous-landscape.com/tutorials/understanding-series/understanding-histograms.shtml)

KaizerHashim
29th December 2011, 12:59 PM
Terima kasih tuan airsejuk, info tersebut amat berguna...lepas ni nak semak gambar yg telah di shot sebelum ni.harap berada dalam kategori ke 3.

afiqsyahmi
24th January 2012, 09:05 AM
salam
harap boleh membantu... sy ade satu/dua pertanyaan..

saya pengguna canon 60D, sy selalu menghadapi mslh soft focus. tengok kat screen, nampak sharp, bila masuk PC, zoom in, nampak blur dan soft2...

strusnya, sy slalu menghadapi masalah focus lari, contoh, (gambar pengantin berarak, sy focus kat pengantin utk sy snap) =hasilnya, imej pengantin soft tetapi orang yang berdekatan atau betul2 belakang pengantin yg sharp...

kemudian, mengenai kaedah focus, tq sbb kaedah back focus tu bru tau dgn mendalam kat forum ni, nak tanya, apa kaedah focus terbaik untuk mendapatkan gambar yg sharp? sy selalu menggunakan kaedah focus+recompose, iaitu menggunakan hanya satu AF point di tengah, lock focus dan buat komposisi baru sy lepaskan shutter.. apa pandangan otai2 ttg ni? tq...
:)

terima kasih

addyfaddly
24th January 2012, 03:59 PM
Assalamualikom semua, saya nak mintak tunjuk ajar... actually dah 2 kali saya tanya soalan ni tapi xda yg menjawab...

saya ada sigma 100-300mm 3.5-6.7 ld canon mount (2nd hand baru bli kat mudah) guna kat body canon eos 500d.... but every time guna saya x ble ubah setting aperture... kene ikut lens... kalau ubah, lepas tekan shutter speed,camera akan ada error +(ERROR CODE)...problem lens and body contact and bagi tau suruh clean lens contact..on off dah buat ,clean contact dah buat tapi still x ble gak kecuali saya dial ke appeture paling besar dan terus ambik gambar x kacau aperture setting yg ikut lens...tapi kalau saya pakai lens canon 50mm n 18-55m xda masalah pulak... memintak sesapa ada idea tentang masalah ni... kamera x compatible ng lens or lens sigma yg problem.... tq....

miesterzenz
24th January 2012, 08:41 PM
cuba contact balik penjual kat mudah tu..tanyakan masalah ini kepadanya..apa respon dia? terus teranglah..aku memang tak percaya pada mudah lagi...dulu pernah nampak iklan ni terus aku hilang kepercayaan...
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/405201_272966032758534_100001354190699_645056_8055 91161_n.jpg

saifudin
24th January 2012, 10:57 PM
sebenarnya bab2 kena tipu ni kt mana2 ade. cuma mudah ni tempat yang paling MUDAH untuk menipu dan kena tipu. Sebab tu nama dia MUDAH.my... anyway, sebagai panduan ketika membeli boleh rujuk artikel yang aku tulis di blog http://saifdesign.com/blog/tips-tips-mengelakkan-diri-daripada-menjadi-mangsa-penipuan-di-mudah-com-my/

Berbalik pada sedare addyfaddly, aku pun pernah mengalami masalah yang sama. Untungnya aku praktiskan tips no 7 dalam artikel tu...aku nak beli tamron 70-300.. pasang kt body dan aku test kaw2..in term of cosmetic lense tu mmg superb tapi bila dah test kaw2 br dapat tau ade error pada 80mm ke atas..masalahnye sama..mcm addyfaddly...so aku cakap kt seller tu...maaf dik, abg xjd beli.duit dah ade dalam poket ni..kalau xde masalah mmg jd beli...jd sebelum beli..test kaw2..mcm ne nak test kaw2.sila COD

addyfaddly
25th January 2012, 12:26 PM
terima kasih atas respon semua. actually dah test time beli ... tak tau pulak aperture x ble set time tu coz x main..just check masuk and try autofocus ok,shoot 2-3 gambar ok,then beli.. bila balik 2-3 hari try baru sedar... bila bagi tau si penjual... penjual bagi tau kene hantar camera saya kat canon ... contact kat body problem...tak hantar2 sampai sekarang sebab mushkil kenapa kit lens takde masalah + xda masa.... so now dah tau lens dia problem... x pe la... nak kasi balik dah terlampau lama nak contact dia.... lagipun salah sendiri x check.... terima kasih semua atas tunjuk ajar....

PengukirCahaya
22nd February 2012, 01:34 AM
salam
harap boleh membantu... sy ade satu/dua pertanyaan..

saya pengguna canon 60D, sy selalu menghadapi mslh soft focus. tengok kat screen, nampak sharp, bila masuk PC, zoom in, nampak blur dan soft2...

strusnya, sy slalu menghadapi masalah focus lari, contoh, (gambar pengantin berarak, sy focus kat pengantin utk sy snap) =hasilnya, imej pengantin soft tetapi orang yang berdekatan atau betul2 belakang pengantin yg sharp...

kemudian, mengenai kaedah focus, tq sbb kaedah back focus tu bru tau dgn mendalam kat forum ni, nak tanya, apa kaedah focus terbaik untuk mendapatkan gambar yg sharp? sy selalu menggunakan kaedah focus+recompose, iaitu menggunakan hanya satu AF point di tengah, lock focus dan buat komposisi baru sy lepaskan shutter.. apa pandangan otai2 ttg ni? tq...
:)

terima kasih

SOFT FOCUS
Harap dapat tuan uploadkan contoh gambar dan sertakan EXIF data lengkap. Dari situ kita mungkin boleh menilai dimana kebarangkalian puncanya.

FOCUS LARI
Cadangan untuk tuan semasa pengantin berarak. Cuba guna Focusing Mode AI-Servo atau AI-Focus.

KAEDAH FOCUS
Focus belakang atau focus depan, hanya sedikit perbezaan. Terpulang kepada keselesaan sendiri. Cuma focus belakang ada sedikit kelebihan. Yang mustahak ialah cara focus yang betul dan cara kita release shutter button. Jika kita selesa guna single point AF, gunalah. Yang banyak memberi kesan ialah cara release shutter button. Cara yang betul jangan kita angkat jari sebaik sahaja lepas 'tekan' butang shutter. Sebaiknya, bila tekan shutter, tekan terus kemas-kemas. Ini akan kurangkan gegar.

ZEMS0606
17th April 2012, 10:46 AM
salam.... dah lama trend nie sunyi x ada ker tip2 terbaru dari abam2 semua.
saya ada satu nak bertanya boleh x kita check EXIF terus dari kamera. kalau boleh tolong tunjuk ajar cara nyer
tima kasih

PengukirCahaya
17th April 2012, 01:23 PM
salam.... dah lama trend nie sunyi x ada ker tip2 terbaru dari abam2 semua.
saya ada satu nak bertanya boleh x kita check EXIF terus dari kamera. kalau boleh tolong tunjuk ajar cara nyer
tima kasih

Mudah saje. Tekan butang INFO atau DISP. Maklumat mudah seperti aperture, shutter speed dan ISO, akan tertera. Nak hilangkan balik, tekan tekan butang yang sama. Cuma kalau nak yang lebih detail dan lengkap, kena guna software seperti DPP.

ZEMS0606
17th April 2012, 04:02 PM
tq abam pc akan ku cuba bila balik nanti. dan x ada ker tips2 terbaru abam pc

PengukirCahaya
25th April 2012, 12:35 AM
Sebelum ini memang kamera Canon susah kit anak tengok berapa dah 'shutter count'nya. Kalau untuk model lama boleh guna opanda. Tapi model baru macammana? Untuk kamera model baru seperti 1000D, 1100D, 450D, 500D, 550D, 600D, 60D, 7D, 5D Mark II dan 1D Mark IV, anda boleh guna http://eoscount.com/ tapi kena guna Internet Explorer 32-bit dan install ActiveX control (kalau guna FireFox dan Chrome, guna IE Tab).

Kalau keliru, pergi section FAQ. Selamat mencuba explore fungsi lain yang ada di http://eoscount.com/.

Sebelum terlupa. Sediakan cable USB yang datang sekali dalam kotak kamera anda.

katak_hijau
17th May 2012, 12:22 AM
Nak tau info baru...apa cara mudah tuk imbangkan dslr masa pegang...ada kata pegang pada titik tengah graviti dslr...need more info...

PengukirCahaya
26th May 2012, 12:50 PM
Nak tau info baru...apa cara mudah tuk imbangkan dslr masa pegang...ada kata pegang pada titik tengah graviti dslr...need more info...

Cara terbaik pegang dslr bergantung kepada individu sebenarnya. Yang penting ialah upaya untuk pegang dslr tanpa gegar. Saya kongsikan sedikit cara yang lazim digunakan;;;

1. Pegang dslr dgn tangan kanan. Letak jari telunjuk pada shutter-release button. Ibu jari dibelakang body dan tiga jari lagi didepan body. Pegang dengan kemas tapi jangan terlalu kuat nanti cepat penat. Jari telunjuk stand-by untuk tekan shutter-release button.

2. Tangan kiri pula pegang body dslr dan lens, dari bawah. 'Support' body dslr dengan tapak tangan. Jika mengguna lens yang besar dan berat, tapak tangan hendaklah pada lens bukannya body.

3. Rapatkan dslr pada muka, jika guna view-finder, dan pastikan siku rapat. Jika guna LCD, jarak dslr jangan jauh.

4. Kaki sedikit terbuka. Jangan rapat nanti badan kurang stabil. Pernah dengar orang sebut 'kuda-kuda'? Praktikkan teknik kuda-kuda.

Apa yang jadi keutamaan ialah tak mahu ada gegaran semasa kita petik shutter-release. Kita lihat imej dbawah sebagai contoh dan panduan.

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/2012/Carapegangdslr.jpg

http://i919.photobucket.com/albums/ad38/PengukirCahaya/2012/D800handheld_600x400.jpg

katak_hijau
27th May 2012, 10:47 AM
Nak tambah soalan lagi...ok, masa dah tekan button tangkap gambar setengah..(saya guna back focus) so ae lock masa tu...kemudia kat exposure yang -3 ke 3 tu ada bar kat bawah...bergurak dari tepi ke tengah...apa kegunaannya??perlu ke tunggu bar tu habis...

PengukirCahaya
28th May 2012, 02:56 AM

Saya kena tanya sikit. Mode apa (Tv, Av dan P) yang sedang digunakan ketika itu?.

miesterzenz
28th May 2012, 01:36 PM
kalo bergerak tu selalunya happen kat mode M je..tu berdasarkan pengalaman saya..

katak_hijau
28th May 2012, 04:16 PM
http://www.imaging-resource.com/PRODS/T3/ZVFCALLOUTS.GIF
Saya kena tanya sikit. Mode apa (Tv, Av dan P) yang sedang digunakan ketika itu?.

yang tulis exposure level indicator...masa tu guna auto......kuar masa saya guna flash...

zainzubir
29th May 2012, 09:28 PM
bump. .soalan atas soalan :-)

PengukirCahaya
30th May 2012, 05:32 AM
Nak tambah soalan lagi...ok, masa dah tekan button tangkap gambar setengah..(saya guna back focus) so ae lock masa tu...kemudia kat exposure yang -3 ke 3 tu ada bar kat bawah...bergurak dari tepi ke tengah...apa kegunaannya??perlu ke tunggu bar tu habis... yang tulis exposure level indicator...masa tu guna auto......kuar masa saya guna flash...

Ada dua soalan kat situ. Semasa guna flash, dalam mode 'Auto' (saya assume Av sebab tak ada Auto - mungkin juga P??), bila tekan separuh shuttter button untuk aktifkan AE Lock, exposure level indicator akan bergerak-gerak.... 1) Apa kegunaannya 2) Perlu tunggu habis level exposure bergerak-gerak ?????

Sebenarnya saya sedikit keliru dengan kondisi kamera tuan itu. Tapi tidak mengapa. Biar saya cuba terangkan kondisi yang asas dulu. Pertama sekali ialah AE Lock bekerja hanya semasa dalam mode P, Av atau Tv. Dalam keadaaan mode Auto (P, Av atau Tv), exposure ditentukan oleh kamera. Bila ini berlaku, level indicator tidak akan bergerak. Kita hanya 'gerak' level indicator itu untuk 'compensate' exposure samada 'over'kan atau 'under'kan exposure (yg ditentukan oleh kamera).

Hanya dalam mode Manual saja yang level indicator akan bergerak-gerak (memberitahu yang metering sedang berfungsi). Dan kita akan ubah samada nilai aperture atau shutter speed (atau ISO) untuk tetapkan bar pada level indicator itu ditengah-tengah. Jika ini berlaku, exposure adalah dianggap 'betul' (mengikut tafsiran kamera).

AE Lock berfungsi dalam mode Auto (maksud AE Lock ialah Auto Exposure Lock). Keadaan itu sama juga jikalau semasa guna flash. Kerana sistem Canon, 'flash exposure' asing dari 'ambient exposure'. Semasa guna flash, ada terdapat fungsi FEL (Flash Exposure Lock).

Maka jawapan kepada soalan tuan itu 1) Kegunaannya ialah untuk lakukan 'exposure compensate' dan untuk mendapatkan 'exposure betul'. 2) Tunggu habis bergerak..... kalau diikutkan memang perlu tapi keadaan cahaya ambient yang cepat berubah pun akan ganggu exposure. ATAU mungkin juga metering yang terlalu sensitif menyebabkan indicator jadi erratic semacam. Saya lebih terasa seperti sesuatu yang 'kurang kena' dengan kamera tuan itu.

Harap dapat membantu.... terima kasih.

lanizam
30th May 2012, 06:27 AM
sangat berguna...hehehe..sy budak baru blaja...
dan budak baru dlm fotomedia...sila tunjuk ajar pada saya...

katak_hijau
30th May 2012, 02:27 PM
thankz 4 the info...baru la saya tau knp bar tu tak duk diam...tapi bar ini ada dua situasi...satu lagi situasi seperti gambar ni...maaf kalau tak cantik...sebab saya edit sendiri saya dah cuba untuk search kt goo...tapi tak jumpa...so saya edit jer...
http://i1049.photobucket.com/albums/s396/kattack_hijau/Untitled-1.jpg
yang saya maksudkan baru tu...mula2 banyak then ianya akan berkurang ke tengah dan terus ilang...saya boleh kene tunggu or snap jer tak kira bar tu dalam kedudukan apapun?
ok...soalan saya :
1. Kenapa bar tu jadi macam tu?
2. Perlu tunggu bar tu ilang atau tidak?
Owh...lupa nak bagi contoh...masa mode Av...kadang kala ada kadang kala sebaliknya...tetapi pada mode full auto...(semasa flash built in dikeluarkan)..level tu akan terjadi..
mintak tunjuk ajar...maaf bertanya..

destudio
1st June 2012, 12:36 AM
Saya pengguna baru canon 60D,masih belum tentang sistem canon ni sepenuhnya,
Soalan saya :
1. Gambar yg terhasil di LCD kamera berbeza dgn di PC,mengapa ini terjadi?
2. Keseluruhan contrast,colour & saturation terlalu tinggi walaupun menggunakan Picture Style 'Standard 'bagaimana mendapatkan setting yg betul terutama skin tone.Walau diubah ke Picture Style ' Potret' ,warna skin tone seakan kemerahan walaupun didalam cahaya yg mencukupi.
Harap Otai Canon dpt membantu.

katak_hijau
2nd June 2012, 09:54 PM

maybe color lcd len kot?dah try white balance yang betul?

airsejuk
3rd June 2012, 05:00 PM
Saya pengguna baru canon 60D,masih belum tentang sistem canon ni sepenuhnya,
Soalan saya :
1. Gambar yg terhasil di LCD kamera berbeza dgn di PC,mengapa ini terjadi?
2. Keseluruhan contrast,colour & saturation terlalu tinggi walaupun menggunakan Picture Style 'Standard 'bagaimana mendapatkan setting yg betul terutama skin tone.Walau diubah ke Picture Style ' Potret' ,warna skin tone seakan kemerahan walaupun didalam cahaya yg mencukupi.
Harap Otai Canon dpt membantu.
Picture style yg terdapat dalam kamera telah di tentukan oleh pembuat dan telah di testkan utk pelbagai situasi. Canon juga telah menyediakan sofware percuma dan pantas seperti DPP untuk kita ejas kembali tone,color dan sharpness.

destudio
3rd June 2012, 08:19 PM
White balance slalu letak auto & kekadang guna kelvin mengikut keadaan,software DPP mmg slalu guna tetapi bla kita shoot menggunakan dslr mesti nk dpt yg trbaik utk setiap gmbr.

PengukirCahaya
4th June 2012, 12:00 PM
yang saya maksudkan baru tu...mula2 banyak then ianya akan berkurang ke tengah dan terus ilang...saya boleh kene tunggu or snap jer tak kira bar tu dalam kedudukan apapun?
ok...soalan saya :
1. Kenapa bar tu jadi macam tu?
2. Perlu tunggu bar tu ilang atau tidak?
Owh...lupa nak bagi contoh...masa mode Av...kadang kala ada kadang kala sebaliknya...tetapi pada mode full auto...(semasa flash built in dikeluarkan)..level tu akan terjadi..
mintak tunjuk ajar...maaf bertanya..

Saya sudah mencuba simulate keadaan tersebut tapi tak dapat seperti apa yang tuan hadapi. Keadaan seperti tuan katakan itu, tidak sepatutnya berlaku. Mungkin tuan boleh mencuba dengan membuat beberapa procedure untuk reset kamera tersebut.
1. Cubaan pertama : Reset semua custom-function (clear all custom function) dan 'clear all camera setting'. Jika ini tak berjaya, try cubaan kedua;
2. Cubaa kedua : keluarkan kedua-dua bateri i.e. bateri body dan bateri memory (yg 3V tu biasanya ada di sebelah bateri body). Lepas tu biarkan selama 2 jam. Tak berjaya, biarkan 24 jam.

Jika semua tak berjaya, saya sarankan tuan hantar ke Canon untuk selesaikan isu tersebut.

PengukirCahaya
4th June 2012, 01:07 PM
Saya pengguna baru canon 60D,masih belum tentang sistem canon ni sepenuhnya,
Soalan saya :
1. Gambar yg terhasil di LCD kamera berbeza dgn di PC,mengapa ini terjadi?
2. Keseluruhan contrast,colour & saturation terlalu tinggi walaupun menggunakan Picture Style 'Standard 'bagaimana mendapatkan setting yg betul terutama skin tone.Walau diubah ke Picture Style ' Potret' ,warna skin tone seakan kemerahan walaupun didalam cahaya yg mencukupi.
Harap Otai Canon dpt membantu.

Paparan warna di LCD sememangnya tidak tepat malahan bukan fungsi utama LCD untuk ketepatan warna. Ianya hanya sebagai panduan. Selain setting menu, LCD digunakan untuk membantu semasa composition (tetapi LCD bagi model kamera terkini amat tinggi resolutionnya).

PERTAMAnya kena pastikan monitor PC kita dibuat calibration. Gunalah tools yang banyak terdapat dipasaran atau yg percuma.

KEDUAnya ialah tuan boleh tukar 'color space' dari sRGB kepada Adobe RGB. Untuk pengetahuan, format Adobe RGB akan capture lebih luas warna dari sRGB. Hanya diguna oleh profesional dalam kerja-kerja publishing dan mencetak sendiri gambar. Tapi workflownya rumit. Walaupun color gamutnya luas tapi aplikasinya tak mudah. Ini pun boleh menyebabkan perbezaan warna antara LCD - PC monitor - gambar yang siap cetak (saya sarankan guna sRGB).

KETIGAnya tuan boleh ubah-ubah 'WB SHIFT'. Disini tuan boleh fine-tune white balance setting mengikut selera.

KEEMPATnya tuan boleh maximisekan 'picture-styles'. Masuk ke Picture Styles dan tekan info untuk fine-tune sharpness, contrast, color saturation dan color tone (kecuali picture-style monochrome, hanya ada sharpness, contrast, filter effect (Orange, Yellow, Red, Green) dan toning effect (Sepia, Blue, Purple dan Green).

Sedikit penerangan mengenai picture styles...
STANDARD - Sesuai untuk semua keadaan, Color vivid dan sharpness yang sesuai.
LANDSCAPE - Guna utk ambik gambar nature. Akan naikkan warna biru dan hijau serta tambah sedikit sharpness.
NUETRAL - Setting ini akan maximisekan detail dan latitude. Jika nak buat post-process, gunalah picture-styles ini.
FAITHFUL - Untuk ketepatan warna. Kamera cuba jadikan warna hampir kepada yang sebenar.
PORTRAIT - Menjurus kepada skin-tone. Sharpness rendah seperti hampir kepada untuk soft skin detail. Tambah magenta dan yellow untuk cantikkan tona kulit.
MONOCHROME - Untuk black-white. Ketepatan tonal adalah kepada pilihan filter effect yang sesuai.

Untuk tambahan maklumat. Melalui pengalaman, saya amat-amat sarankan guna Grey Card untuk dapatkan white balance yang lebih tepat. Serta gunakan format RAW untuk kerja-kerja yang 'color critical'. Tuan boleh dapatkan grey-card di online shop, saya beli pun dalam 40 ringgit jer untuk 2 saiz. Selain dari setting white-balance, grey card juga boleh diguna untuk dapatkan exposure yang lebih tepat (reflectance reading seperti pada kamera).

Harap dapat membantu. Terima kasih. (Utk info, saya bukan otai canon. Otai Canon orang lain.....)

PengukirCahaya
4th June 2012, 01:11 PM
Kemahiran fotografi adalah sesuatu yang diidamkan oleh jurufoto yang baru. Biasa kita dengar orang berkata mereka itu selalu mencuba untuk mendapatkan seperti gambar yang pernah dilihat, tetapi selalunya tidak berjaya menghasilkannya. Dua perkataan; DAPATkan dan HASILkan.

Untuk DAPATkan gambar, mudah juga sebenarnya. Cari lokasi yang betul sama seperti gambar yang kita lihat atau paling baik, berdiri ditapak yang sama. Cuma kadang-kadang tu, kita mengeloh kerana tak dapat HASILkan seperti mana gambar yg kita lihat tadi. Kenapa???

Dipendekkan cerita, kurang mahir dengan kamera yang digunakan. Tanya diri sendiri, berapa peratus kita faham tentang kamera kita? Jika kita kurang memahami kesemua fungsi yang ada pada kamera, kita tidak akan tahu kelebihan dan kekurangannya.

TIP kali ini adalah buku manual kamera. Cuba dapatkan 2 jam pada hari yang tidak sibuk dan revise buku manual bersama-sama kamera. Buka setiap muka surat dan test terus dengan kamera. Sediakan buku nota untuk catit perkara yang kurang faham. Walaupun perkara tu rasa macam kecik, tak mengapa. Lepas tu, ajukan soalan tersebut dalam thread ini. Akan adalah nanti orang yang akan cuba membantu. Dengan cara itu, tuan-tuan akan lebih yakin dgn kamera yang ada dan dapat tingkatkan keyakinan fotografi diri.......

destudio
4th June 2012, 07:20 PM
Terima kasih kpd Abg Pengukir Cahaya yg telah memberi sedikit inspirasi & info,Alahamdulliah saya telah dpt mengatasi sedikit sebanyak masalah saya utkbtrus berjuang bersama Canon :-)

EA1st2nd
10th July 2012, 04:29 AM
Ada dua soalan kat situ. Semasa guna flash, dalam mode 'Auto' (saya assume Av sebab tak ada Auto - mungkin juga P??), bila tekan separuh shuttter button untuk aktifkan AE Lock, exposure level indicator akan bergerak-gerak.... 1) Apa kegunaannya 2) Perlu tunggu habis level exposure bergerak-gerak ?????

Sebenarnya saya sedikit keliru dengan kondisi kamera tuan itu. Tapi tidak mengapa. Biar saya cuba terangkan kondisi yang asas dulu. Pertama sekali ialah AE Lock bekerja hanya semasa dalam mode P, Av atau Tv. Dalam keadaaan mode Auto (P, Av atau Tv), exposure ditentukan oleh kamera. Bila ini berlaku, level indicator tidak akan bergerak. Kita hanya 'gerak' level indicator itu untuk 'compensate' exposure samada 'over'kan atau 'under'kan exposure (yg ditentukan oleh kamera).

Hanya dalam mode Manual saja yang level indicator akan bergerak-gerak (memberitahu yang metering sedang berfungsi). Dan kita akan ubah samada nilai aperture atau shutter speed (atau ISO) untuk tetapkan bar pada level indicator itu ditengah-tengah. Jika ini berlaku, exposure adalah dianggap 'betul' (mengikut tafsiran kamera).

AE Lock berfungsi dalam mode Auto (maksud AE Lock ialah Auto Exposure Lock). Keadaan itu sama juga jikalau semasa guna flash. Kerana sistem Canon, 'flash exposure' asing dari 'ambient exposure'. Semasa guna flash, ada terdapat fungsi FEL (Flash Exposure Lock).

Maka jawapan kepada soalan tuan itu 1) Kegunaannya ialah untuk lakukan 'exposure compensate' dan untuk mendapatkan 'exposure betul'. 2) Tunggu habis bergerak..... kalau diikutkan memang perlu tapi keadaan cahaya ambient yang cepat berubah pun akan ganggu exposure. ATAU mungkin juga metering yang terlalu sensitif menyebabkan indicator jadi erratic semacam. Saya lebih terasa seperti sesuatu yang 'kurang kena' dengan kamera tuan itu.

Harap dapat membantu.... terima kasih.

As'salam... hi btw saya user baru FM.. canon user 60D, just tanya sebab keliru sket dengan statement abang Pengukir, bole detailskan x dalam bahasa yang mudah faham sket? Statement ni buat saya confuse "Pertama sekali ialah AE Lock bekerja hanya semasa dalam mode P, Av atau Tv. Dalam keadaaan mode Auto (P, Av atau Tv), exposure ditentukan oleh kamera. Bila ini berlaku, level indicator tidak akan bergerak. Kita hanya 'gerak' level indicator itu untuk 'compensate' exposure samada 'over'kan atau 'under'kan exposure (yg ditentukan oleh kamera).

Hanya dalam mode Manual saja yang level indicator akan bergerak-gerak (memberitahu yang metering sedang berfungsi)."" bole detailskan lagi x? thanks in adv

PengukirCahaya
10th July 2012, 03:10 PM

Pertama sekali saya mohon maaf sebab guna bahasa yg mengelirukan.......

OK. Disitu ada dua cerita. 1) AE Lock - fungsinya dan bila ianya berfungsi, dan 2) berkenaan level indicator.

1) AE LOCK (Auto Exposure Lock)
Digunakan semasa dalam mode 'P, Av dan Tv'. Mode ini dinamakan mode Auto. Semasa dalam mode ini, kamera lah yang akan menentukan exposure yang sesuai (dengan mengambil-kira metering mode yang dipilih). Disebabkan itu, fotografer mengawal exposure dengan fungsi AE Lock untuk mendapatkan exposure yang lebih tepat. Cara kamera bekerja dalam mode auto ialah seperti dibawah;

a) Mode P (Programmed Mode) = Kita hanya pilih ISO. Kamera akan tentukan Aperture dan Shutter. Kombinasi 'aperture + shutter speed' ini boleh lagi dipilih mengikut kehendak kita dengan memusingkan 'main dial'.
b) Mode Av (Aperture Priority) = Kita pilih ISO dan Aperture. Kamera akan pilih Shutter Speed yang sesuai.
c) Mode Tv (Shutter Priority) = Kita pilih ISO dan Shutter Speed. Kamera kan pilih aperture.

Kamera tak tahu exposure dibahagian mana yang menjadi focal point kita, terutama jika focal-point berada disekitar 1/3 view-finder. Atau semasa back-light dan focal-point berada dalam low light. Masa seperti beginilah kita guna AE Lock.

2) LEVEL INDICATOR
Semasa dalam mode Auto, level indicator berfungsi sebagai 'exposure compensation'. Scale itu menunjukkan berapa nilai negatif atau positif amaun yang dipilih. Kalau negatif, imej akan jadi gelap kalau positif,imej akan lebih terang. Tetapi bila kamera berada dalam 'Mode M', level indicator ini akan berfungsi sebagai light-meter. Memberitahu kita kombinasi shutter speed dan aperture yang kita pilih tak cukup cahaya atau terlebih cahaya atau sedang molek. Sebab itu level indicator akan 'bergerak-gerak' dalam mode manual kerana meter sedang membaca intensiti cahaya.

Pengajaran yang kita dapat disini ialah,
1) Semasa dalam Mode Auto, kita kawal exposure dengan dua cara iaitu AE Lock dan Exposue Compensation.
2) Level Indicator sebagai Exposure Compensation dalam Mode Auto dan sebagai Lightmeter dalam Mode Manual.

Terima kasih. Jika masih keliru, harap bagitau.... jangan malu.

EA1st2nd
10th July 2012, 04:29 PM
thankz 4 the info...baru la saya tau knp bar tu tak duk diam...tapi bar ini ada dua situasi...satu lagi situasi seperti gambar ni...maaf kalau tak cantik...sebab saya edit sendiri saya dah cuba untuk search kt goo...tapi tak jumpa...so saya edit jer...
http://i1049.photobucket.com/albums/s396/kattack_hijau/Untitled-1.jpg
yang saya maksudkan baru tu...mula2 banyak then ianya akan berkurang ke tengah dan terus ilang...saya boleh kene tunggu or snap jer tak kira bar tu dalam kedudukan apapun?
ok...soalan saya :
1. Kenapa bar tu jadi macam tu?
2. Perlu tunggu bar tu ilang atau tidak?
Owh...lupa nak bagi contoh...masa mode Av...kadang kala ada kadang kala sebaliknya...tetapi pada mode full auto...(semasa flash built in dikeluarkan)..level tu akan terjadi..
mintak tunjuk ajar...maaf bertanya..

Thanks brader Pengukir... Sekarang saya baru faham dan apa yang saya faham dalam 2nd xplanation ni mmg btul apa yg tgh sy praktik kan... cuma smalam sbelum taip bertanya kat sini lepas baca komen bro Pengukir, saya dah pun reset "clear all custom func" and "clear all cam setting". Saya reset sebab terbaca salah 1 ayat bro Pengukir pada bro yang mula2 bertanya tu. Bro Pengukir cakap maybe smell sumthing fishy pada cam brader tu atas isu seperti gambar di atas.

Ok dan saya pun cuba kesemua mode yang ada dalam 60D.

1. Av = saya tentukan iso dan Aperture ( shutter cam tentukan ) dan guna flash popup
2. P = saya tentukan iso dan (Aperture & shutter cam tentukan) dan guna flash popup
3. Tv = saya tentukan ISO dan Shutter speed ( Aperture cam tentukan) dan juga gunakan flash popup
4. M = saya tentukan semua fungsi dan juga gunakan flash popup

Dalam kesemua ke 4 4 mode di atas, saya perasan yang "Exposure Level Idicator" seperti gambar di atas bergerak dari "kiri" dan "kanan" menuju ke tengah bila shutter di tekan separuh. Dan bila level tu ending pada titik tengah dari "kiri" dan "kanan" baru saya release shutter.

Soalan saya kali ni. Itu normal ker? mmg "exposure level indicator" yg di lihat dalam view finder akan bergerak walau dalam mana2 mode yg saya taip dari 1 - 4 tadi?

Sebab apa yang saya faham dalam penulisan bro Pengukir smalam, "Exposure Level Indicator" yang di lihat dalam view finder tu akan bergerak HANYA PADA MODE M SAHAJA. MODE P, Av DAN Tv "Indicator Level Exposure tu takkan bergerak. Itu apa yang saya faham. So atas sebab kefahaman macam tu smalam saya pun reset cam setting dan clear all custom func. thanks in adv...

Dan Soalan Ke 2.

Apsal ntah xtau parasit apa yang terkena pada cam ni, Bila Playback pic yang di capture titik focus point yg merah tu akan ada ( x hilang ) Tapi bila ttransfer pic masuk pc xda plak titik tu... So agak terganggu sket tgk dgn adanya titik focus point merah tu. Yang peliknya lagi, x semua pic ada... kadang2 ada yg pic x ada benda alah tu.

Pelik betul dunia photography. Silap2 bole masuk tampoi banyak study skill photography ni.

regards,
Si Banyak Tanya 60D ;)

amirosama
11th July 2012, 12:05 AM
Apa yang diterangkan oleh pengukir cahaya adalah benar.

1) Bila kita guna auto mode (P,Av dan Tv), kamera akan metering pada tgh..kerana ia beranggapan itu adalah exposure yang tepat. Tetapi ia juga boleh terkeliru dlm beberapa situasi. Maka disitu...Exposure compensation diperlukan untuk kita adjust sama ada nk ke kanan (+) atau ke kiri (-).

2) AF point display pada playback
i) tekan menu, pilih tab playback...warna biru yang kedua
ii) pilih "AF point disp."
iii) pilih disable utk ia tidak keluar lagi

EA1st2nd
11th July 2012, 02:22 AM

o0o0 so btul la... btw thanks bro amirosama n bro pengukir sudi layan kerenah ni...

Nak tanya lagi, hari ni sgt mengecewakan... sebab today is my lil'kid birthday, so ada banyak pic yang saya snap... dan pada screen lcd 60D semuanya nampak cantik dgn tone color yg pada saya ada warna di situ, puas saya edit utk cuba dapatkan tone color yg memikat hati saya... so snap snap dan snap mmg semua pic puas di hati saya, dgn tone color yg ada mood warna disitu.. tapi bila transfer semua pic tu masuk laptop... saya tgk lain jadinya.. warna agak suram... banyak tone color drop, contohnya bokeh yg saya hasilkan... pada lcd screen cantik ( di mata saya cukup tone colornya ) tapi bila masuk laptop warna dia jadi suram... bokeh di blakang yg spatutnya ada kehijauan dari color2 belom yang warna warni nampak suram mcm color x cukup pada laptop kenapa yea?

saya tampal 1 contoh
http://mykidz.my/wp-content/uploads/2012/07/pic.jpg

dalam pic atas ni tone color sgt suram pada saya...

setting saya gunakan untuk "lcd screen brightness" ialah "4" btul x?

atau ada setting mana2 yg perlu di adjust utk dapatkan xtual yg tepat?

PengukirCahaya
11th July 2012, 08:46 AM
Terima kasih amirosama.

Paling basic kita perlu faham ialah LCD dibelakang kamera hanyalah sebagai panduan walaupun kualiti LCD adalah tersangat baik, DAN screen pada komputer perlu dibuat kalibrasi untuk mendapatkan warna yang lebih tepat...
OK.. Ada beberapa setting yang mempengaruhi tone warna tetapi LCD Brightness bukan salah satu darinya. Adjustment LCD Brightness harus ikut sedap mata memandang mengikut keadaan gelap terang sekeliling.....

Faktor yang di kamera yang boleh mempengaruhi tona warna ialah 1) white balance, 2) white balance shift, 3) picture styles dan 4)creative filters (utk kamera yg ada features ni). Faktor luar kamera pula ialah kualiti cahaya ambient dan kualiti cahaya flash. Tapi yang paling kerap kita manipulate ialah white balance dan picture styles. Disini saya anggarkan tuan faham tentang white balance..

Picture Styles banyak membantu kita menghasilkan imej yang menarik dengan mengurangkan kerja-kerja post processing. Pictures style juga bertujuan untuk optimizekan dynamic range pada gambar yang dihasilkan. Yang mana satu nak guna, bergantung pada keadaan dan hasil yang dikhendaki. Ini mesti kena experiment sendiri (dan bila dah experiment tu, cuba-cuba juga dengan pelbagai white-balance preset yg ada. Saya pasti tuan akan teruja melihat efeknya).

Pada kamera tuan terdapat 6 pre-loaded styles (standard, portrait, landscape, neutral, Faithful dan monochrome termasuk 3 user define). Itu yang pre-loaded, ada lagi yang boleh di upload dari web-site canon dan install dalam kamera tuan (utk user def 1, 2 dan 3). Terdapat banyak picture styles yang dihasilkan. Ada yg free ada yg kena bayar. Utk dapatkan picture styles dari canon (free laa tu), sila ke link berikut; http://web.canon.jp/imaging/picturestyle/file/index.html

Satu perkara lagi yang penting ialah perlu tuan ketahui ialah setiap picture styles boleh diubah tone warna, contrast, sharpness dan saturation. Disinilah ruang untuk menentukan final imej yg kita sukai. Setelah tuan experiment picture style mana yang paling disukai, tuan masih lagi boleh optimeze picture style pada sub-menunya. Selamat mencuba..

EA1st2nd
11th July 2012, 03:09 PM

Sekejap saya hairan, walaupun pengunaan pic style atau WB bagai logiknya hasil yg akan di lihat pada playback lcd saya rasa xkan sama juga dgn lcd screen komputer. btul x? Atau pun apa yang bro Pengukir cuba sampaikan, jika kamera capture gambar dgn bantuan fungsi pic style. hasil yg akan di lihat pada playback screen kamera akan sama pada screen komputer mcm tu ?

Sebab yang menjadi point masalah pada saya sekarang ialah, buat masa ini ( masih lagi beginner n amateur ) saya rasa puas hati dgn hasil pic di atas dalam screen lcd, cantik di mata saya. cuma di screen lcd tona color saya rasa drop. Saya confuse di mana logiknya canon ni? secara logiknya ikut pemahaman saya, kita kena "korbankan" hasil yang x sedap di mata kita pada lcd kamera supaya selepas di masukkan kedalam komputer, kita akan puas dgn hasil yg akan tgk di lcd komputer. pelik pelik...

amirosama
11th July 2012, 11:41 PM
dont trust ur screen, sebab tu pro photographer lebih telitikan bentuk graph di dalam kamera mereka..... juga bagi graphic designer...mereka tidak mempercayai color yg mereka lihat di monitor....mereka akan menggunakan color swatch (color code) mcm kat tin cat..kerana itu yg jitu ketepatannya.

kenapa ia berlaku...teknologi screen dan monitor itu sendiri..saya pengguna 7d, 60d mempunyai higher resolution dr 7d (1040K dots VS 920 dots). Itu telah membuatkan saya teruja dgn 60d kerana gmbr dan colornya yg cantik bile di lihat di screen, pd hakikatnya ia hanya di screen shja. Bagi monitor komputer pula, ada banyak jenis (LCD, LED, HD)...so ini juga memainkan peranan dlm memaparkan gmbr kita sama ada ia kusam atau sharp atau sebaliknya.

photography adalah sesuatu yg enjoy, ada sesetengah kita tidak mengambil berat aspek teknikal.... hanya beranggapan "asal gmbr tak blur sudah".

PengukirCahaya
12th July 2012, 01:58 AM
Sekejap saya hairan, walaupun pengunaan pic style atau WB bagai logiknya hasil yg akan di lihat pada playback lcd saya rasa xkan sama juga dgn lcd screen komputer. btul x?
Ya, itu betul.

Atau pun apa yang bro Pengukir cuba sampaikan, jika kamera capture gambar dgn bantuan fungsi pic style. hasil yg akan di lihat pada playback screen kamera akan sama pada screen komputer mcm tu ?
Tak maksudkan begitu. Features tu semua sebagai option untuk mendapatkan hasil yg kita nak. Bukan bertujuan untuk nak bagi sama dgn screen komputer.

Sebab yang menjadi point masalah pada saya sekarang ialah, buat masa ini ( masih lagi beginner n amateur ) saya rasa puas hati dgn hasil pic di atas dalam screen lcd, cantik di mata saya. cuma di screen lcd tona color saya rasa drop. Saya confuse di mana logiknya canon ni? secara logiknya ikut pemahaman saya, kita kena "korbankan" hasil yang x sedap di mata kita pada lcd kamera supaya selepas di masukkan kedalam komputer, kita akan puas dgn hasil yg akan tgk di lcd komputer. pelik pelik...
Tidak apa kalau mata suka pada apa yg dipaparkan di LCD kamera tapi bukan tujuan sebenar LCD kamera untuk check color atau tone. Semua brand kamera pun tak akan kata boleh nilai warna pada LCD kamera. LCD kamera mudah dipengaruhi oleh suhu dan cahaya sekeliling. Feature yang betul untuk lihat atau nilai color saturation dan gradation serta exposure ialah histogram. Set histogram pada RGB untuk lihat kekuatan pada setiap warna primarynya. Dan setkan histogram pada brightness untuk nilaikan exposurenya.

Tak perlu korbankan hasil pada LCD kamera tapi screen komputer yang mesti dicalibratekan. Jenis dan resolution screen komputer juga memberi kesan. (itu belum lagi calibration pada printer......). Sila ke link berikut untuk panduan. http://displaycalibration.com/ dan http://www.techrepublic.com/blog/window-on-windows/how-do-i-calibrate-my-computer-displays-best-color-settings/2924

PengukirCahaya
11th September 2012, 09:46 PM
Pernahkah anda mengalami keadaan kamera kalau nak focus agak slow ketika guna LIVE-VIEW?

Sebenarnya terdapat beberapa lens yang focus agak slow dalam 'Live Mode' atau 'Face Detect Mode' berbanding lens lain. Malah dalam beberapa kes, lens ini gagal nak dapatkan focus yg tepat!!

Berikut beberapa lens yg dimaksudkan:

EF 24mm f/2.8 USM
EF 35mm f / 2
EF 50mm f/2.5 Compact Macro
EF 100mm f/2.8 Macro USM
EF 135mm f/2.8 Softfocus
EF 28-90mm f/4-5.6 III
EF 55-200mm f / 4,5-5,6 II USM
EF 90-300mm f/4.5-5.6
EF 90-300mm f/4.5-5.6 USM

Untuk mengatasi masalah focus lembap ini, dan menjamin mendapat focus yg tepat semasa LIVE-VIEW, pastikan kamera di set pada QUICK MODE focus. Tapi dalam mode ini, Live View akan 'black-out' sekejap semasa memfocus.

alfishahrin
12th September 2012, 09:59 AM

Alhamdulillah, terima kasih. dapat ilmu lagi hari ni. xde niat nak main2 ke jb ke abg PC? :)

PengukirCahaya
12th September 2012, 10:50 AM
Alhamdulillah, terima kasih. dapat ilmu lagi hari ni. xde niat nak main2 ke jb ke abg PC? :)

Niat ada tapi masa jer yang tak izinkan. Nak buat guana, corak kerja saya macam ni dah. Harap-harap dapat peluang kesana.

WanZaid
12th September 2012, 10:56 AM
Abam PC, nubi nk tanya quick focus mode utk model mana yg ada? Kat mana nk set tu?

PengukirCahaya
12th September 2012, 11:05 AM
Tahukah anda apa kaitan metering mode dengan live-view?

Metering Mode Semasa Live-View

Biasanya kita akan guna salah satu dari 4 metering-mode (samada spot, partial, center-weighted atau evaluative). Tetapi pada saat kita guna live-view, kamera akan otomatik guna mode evaluative sebagai default. Maknanya scale metering yang tertera pada LCD emasa live-view adalah mode evaluative. Jika sebelum itu kita guna selain dari mode evaluative (spot, partial atau center-weighted), kamera akan guna evaluative. Hanya bila kita off live-view, barulah kamera akan kembali kepada metering mode yang kita setkan sebelumnya.